February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Sesiapa yang pernah melihat surat atau laporan yang dialamatkan ke atas pangkuan Yang Mulia Raja-Raja Melayu pasti akan tahu bagaimana peradaban tulisan dan tata bahasa yang digunakan di dalam surat atau laporan tersebut.

Walau bagaimanapun, ini tidak berlaku bagi seorang penyokong tegar Tun Dr Mahathir ini. Bagaimana Tuannya menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu, begitulah bahasa pencacainya yang biadap dan kurang ajar. Beginikah cara tulisan rasmi untuk dipersembahkan kepada Yang Mulia Raja-Raja?

Setiap noktah digantikan dengan tanda seruan seolah-olah melambangkan menjerit. Para pertama digantikan dengan kesemuanya huruf besar menandakan perasaan marah. Kurang ajar dan hanya dirangka untuk disebarkan di media sosial.

Mereka mempermain dan mempergunakan nama dan kemuliaan Majlis Raja-Raja untuk mainan perang internet mereka. Kurang ajar dan tidak bertanggungjawab.  Kesian orang Melayu yang mengaku Beraja Melayu tapi tiada budi pekerti Budaya Melayu.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons