February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic

  

 

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dinasihatkan
agar mengambil pendekatan berdiam diri daripada membuat kenyataan melulu
yang akhirnya boleh memakan diri, kata penganalisis politik, Prof Dr
Nasrudin Mohammed. 

 

Nasrudin merujuk kepada kenyataan Mahfuz yang mengatakan penarikan
semula darjah kebesaran beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) baru-baru
ini menjadikan anugerah berkenaan seolah tidak lagi bernilai di mata
rakyat.

 

“Kata-kata Datuk Mahfuz itu mungkin boleh dianggap sebagai tindak-balas segera (immediate response) kepada apa yang berlaku.

 

“Baik diam, berdiam diri itu lebih baik daripada berkata-kata dalam hal
yang kita tidak tahu sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi Antarapos.   

 

Kenyataan Mahfuz itu merujuk kepada keputusan pihak istana Kelantan
baru-baru ini yang menarik semula darjah kebesaran Pengerusi PH, Tun Dr
Mahathir Mohamad; Naib Presiden Amanah Husam Musa dan Pengerusi Amanah
Kelantan, Wan Abd Rahim Wan Abdullah. 

 

Justeru dakwanya, pengurniaan darjah kebesaran tidak lagi bermakna
ketika pemimpin kleptokrat yang ditolak rakyat masih menyandang
anugerah-anugerah dan gelaran-gelaran tersebut.

 

Malah menurut Mahfuz, gelaran dan pangkat yang dipegang oleh pemimpin
yang terlibat dalam kleptokrasi akan memberi persepsi yang tidak baik
kepada rakyat.

 

Mengulas lanjut Nasrudin berkata, istana mempunyai hak mutlak untuk
menarik balik pada bila-bila masa pengiktirafan yang telah diberikan
kepada mana-mana individu, kerana percaya institusi tersebut mempunyai
alasan yang kukuh untuk berbuat demikian.

 

“Kita kena ingat bahawa anugerah kurniaan, dan sebagainya ini adalah
hak mutlak sultan, ia adalah satu daripada beberapa komponen kerajaan,
iaitu institusi diraja atau istana.

 

“Sesiapa pun tidak sepatutnya mempertikaikan kerana kita tidak tahu
sebenarnya apa yang menjadi dorongan atau sebab kenapa pengiktirafan itu
ditarik balik.

 

 

 

“Masa diiktiraf dan anugerah itu diberi dia (istana) juga tidak
memberikan sebab yang terlalu spesifik, paling tidak pun ia dibuat
berdasarkan kriteria umum sahaja iaitu sebagai pengiktirafan atas
sumbangan individu kepada rakyat negeri, negara, atau juga kepada
institusi jadi itu yang berlaku,” katanya.

 

Sebelum ini, Mahfuz menyamakan Dr Mahathir yang berusia 93 tahun
dipilih sebagai calon Perdana Menteri oleh PH dengan Sultan Ahmad Shah
yang kekal sebagai Sultan Pahang walaupun sedang gering.

 

Bekas pemimpin PAS itu kemudiannya meminta maaf kepada Sultan Pahang
dengan ketelanjuran kata-katanya itu walaupun pada awalnya bertegas
bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

 

“Kita seharusnya memperkasa atau bertunjangkan kepada kesetiaan,
penghormatan dan taat setia, itu yang paling penting walaupun mungkin
sesuatu perkara itu tidak senang di mata kita dan menyakitkan hati
tetapi terimalah itu sebagai apa yang telah dilazimkan dalam sistem
untuk kita mewujudkan kesejahteraan,” ujar Pensyarah di Fakulti Sains
Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM itu.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons