April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Harga Samsung Malaysia : Promotion Bagi Model Terkini

Satu inovasi yang tinggi dan unggul dalam dunia gadget telah dicipta dan dihasilkan oleh syarikat alat telekomunikasi dunia iaitu Samsung.

harga samsung malaysia

Dengan produk mereka terbaru dan terkini mereka Samsung Galaxy S8, syarikat yang terletak di Korea Selatan ini sangat maju dan sudah kukuh namanya dalam bidang eletronik.

Hampir semua peralatan eletronik di dunia ini didominasi oleh produk Samsung itu sendiri.

Sekarang ini, Samsung Galaxy masih berjaya dengan kedudukan yang tinggi sebagai antara penggerak pasaran alat komunikasi dunia.

Ia berkat kerjasama dengan salah satu robot hijau yang menggunakan os android. Jadi kemunculan Samsung Galaxy S8 mendapat permintaan tinggi berbanding yang lain kerana ia mempunyai ciri-ciri yang lebih canggih dan unik. Walaupun cirinya yang berkualiti, namun ianya dipasarkan dengan harga yang berpatutan.

Di samping itu, Samsung Malaysia sentiasa menyajikan pelbagai jenis produk baru untuk semua terutamanya penggemar gadget.

Anda boleh menentukan pilihan gadget untuk dibeli yang boleh didapati daripada harga terendah hingga mahal bergantung kepada ciri dan spesifikasi yang dibekalkan.

Samsung Galaxy contohnya ni akan memudahkan penggunanya mengakses semua perkembangan maklumat yang berlaku dari Internet dengan menggunakan smartphone yang canggih ini. Ini jelas sekali akan membantu penggunanya untuk mengakses maklumat di mana-mana sahaja.

Butiran Tawaran Harga Samsung Galaxy S8

Perkara Butirannya
Harga Samsung Galaxy S8 yang original RM 2665
OS Android OS iaitu versi v7.0 (Nougat)
CPU Octa Core (4×2.3 GHz & 4×1.7 GHz)
Display 5.8 inci (1440×2960 pixel)
Memory 64 GB (4GB RAM)
Bateri Li-Ion 3000 mAh
Kamera Primary 12 MP & Secondary 8MP

Samsung Galaxy ini mendapat tempat di hati oleh pengguna Internet di seluruh dunia kerana kapasitinya yang mampu disokong dengan ‘engine system’ yang canggih dan ciri-cirinya yang lain. Samsung telah melengkapkan beberapa ciri-ciri maju dan lengkap, dan menggunakan ‘processor’ sendiri yang menggunakan teknologi snapdragon pada produk Samsung Galaxy Series ini.

Dengan Samsung Galaxy ini, ia pasti akan memberi kemudahan kepada pengguna tegar Internet pada dunia masa kini iaitu selaras dengan misi dan strategi Samsung untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk orang ramai.

P/S : Adakah anda merasakan tawaran harga Samsung di Malaysia bagi model terbaru ini agak berbaloi?



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons