February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


LONDON 13 Feb. – Ledakan dua gol bintang Chelsea Eden Hazard membantu mengurangkan tekanan ke atas pengurus Chelsea, Antonio Conte apabila juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kembali berada di kelompok empat teratas selepas melakar kemenangan 3-0 ke atas West Brom, di Stadium Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Tewas dengan jaringan tiga gol kepada Bournemouth dan Watford menyaksikan pengendali dari Itali itu berkemungkinan dipecat hanya selepas sembilan bulan memenangi kejuaraan EPL.

Bagaimanapun Conte, yang sebelum perlawanan mendakwa ia tindakan bodoh untuk memecatnya, diberi nafas kembali oleh Hazard dan Victor Moses yang turut menjaringkan gol.

“Ia bukan mudah apabila tewas dua perlawanan tetapi kini kami kembali. Kami adalah Chelsea, kami adalah juara, kami perlu memberikan segala-galanya,” kata Hazard.

Kemenangan itu membolehkan The Blues melonjak ke tangga keempat dengan jurang antara Manchester United di tangga kedua dan Tottenham Hotspur kelima, hanya empat mata dalam perlumbaan menyertai pendahulu Manchester City ke Liga Juara-Juara musim depan.

Dalam aksi itu, Olivier Giroud yang membuat penampilan pertama mencetus gol pertama Chelsea yang disempurnakan Hazard pada minit ke-25 untuk gol ke-14 dirinya musim ini.

Moses kemudian menggandakan jaringan pada minit ke-63 sebelum Hazard melengkapkan kemenangan pada minit ke-71.

Kemenangan itu bakal meningkatkan keyakinan Chelsea yang akan berdepan cabaran lebih sukar selepas kunjungan Hull City untuk saingan Piala FA Jumaat ini.

Ia bermula dengan kunjungan Barcelona ke Stamford Bridge bagi saingan kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara dalam tempoh lapan hari, sebelum dua perlawanan EPL di tempat lawan bertemu Manchester United dan City. – AFP



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons