April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PETALING JAYA, 13 Feb. – Atlet kebangsaan berstatus juara dunia mendominasi senarai calon atlet terbaik dan atlet paralimpik terbaik pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2017 yang akan berlangsung 1 Mac depan.

Lima calon yang mengharumkan nama negara di persada antarabangsa bakal bersaing bagi merebut Anugerah Atlet Terbaik iaitu jaguh berbasikal trek Mohd Azizulhasni Awang, Cheong Jung Hoong (terjun) dan atlet wushu Wong Wen Son.

Turut tersenarai trio Duilian wanita, Phoong Eyin, Loh Ying Tin dan Tan Cheong Min serta pasukan tenpin boling wanita yang dibarisi Shalin Zulkifli, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Sin Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Natasha Roslan.

Anugerah Atlet Paralimpik Terbaik pula menyaksikan saingan empat penjuru antara Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli daripada sukan olahraga, Cheah Liek Hou (badminton) serta Muhammad Afiq Rizan dan Muhammad Khairul Adha Rasol bagi berbasikal trek.

Presiden SAM, Ahmad Khawari Isa berkata majlis yang bakal berlangsung penuh gilang-gemilang itu akan menjadi platform pengiktirafan terbaik setelah rentetan pencapaian hebat atlet negara dan pemegang taruh lainnya, dalam mewarnai kancah sukan negara sepanjang tahun lepas.

”Berdasarkan pencapaian hebat sepanjang 2017, pencalonan Anugerah Atlet Terbaik dan Anugerah Atlet Paralimpik Terbaik kali ini nyata disaingi pencabar berstatus juara di peringkat dunia,” katanya pada sidang media majlis berkenaan di sini, hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Khawari berkata Majlis Anugerah SAM-100PLUS 2017 juga menyediakan tiga anugerah lain iaitu Atlet Muda Terbaik, Atlet Berpasukan Terbaik dan Persatuan Sukan Dinamik selain satu anugerah khas – Anugerah Personaliti Sukan 100PLUS Active.

”Untuk melengkapkan tahun penuh bermakna untuk sukan negara, 100PLUS sebagai penaja utama mewujudkan anugerah khas dengan 12 personaliti sukan tanah air tersenarai dan orang ramai boleh mengundi bermula hari ini sehingga 28 Feb di laman sesawang rasmi 100 PLUS, www.100PLUS.com.my,” katanya.

Dalam pada itu, Majlis Anugerah SAM-100PLUS 2017 juga terus memberi pengiktirafan terhadap jasa yang disumbangkan warga wartawan sukan tanah air sepanjang 2017 dengan mempertandingkan tujuh kategori anugerah.

Kategori anugerah yang dipertandingkan adalah Laporan Berita Terbaik (media cetak), Laporan Berita Terbaik (media elektronik), Ulasan Berita Terbaik (media cetak), Ulasan Berita Terbaik (media elektronik), Laporan Khas Terbaik (terbuka), Fotografi Sukan Terbaik dan Laporan Sukan Permotoran Terbaik.- BERNAMA





Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons