February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan tiada mangsa
yang cedera atau terkorban dalam kebakaran di Bangunan Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP), Jalan Gasing, di sini, jam 12 tengah hari tadi.

Terdahulu, menerusi video dan gambar yang dikongsi netizen, kelihatan
asap menyelubungi sebahagian bangunan berkenaan yang terletak di tepi
Lebuhraya Persekutuan.
Sementara itu Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan
Penyelamat, Datuk Soiman Jahid berkata, percikan api yang menyebabkan
berlakunya kebakaran di bangunan itu dipercayai bermula daripada kerja
penyelenggaraan.
Menurutnya, api merebak dengan pantas kerana pelapisan dinding yang digunakan bangunan itu bersifat mudah terbakar.
“Kebakaran bermula dari tingkat satu dan hampir keseluruhan bahagian luar bangunan KWSP musnah.
“Tambahan pula lagi dengan faktor angin yang kuat, ia mempercepatkan
proses kebakaran tersebut,” ujarnya dalam satu sidang akhbar di
perkarangan bangunan KWSP, di sini hari ini



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons