February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 13 Feb. – Kerajaan tidak akan mengabaikan kawasan luar bandar meskipun fokus diberikan kepada isu-isu perbandaran dan juga bandar raya.

Katanya, kawasan luar bandar telah menjadi lokasi untuk meluangkan masa dan berfungsi sebagai tempat rekreasi.

“Terdapat juga indikasi menunjukkan peningkatan pembandaran membawa kepada penghargaan yang lebih terhadap kawasan hijau yang terletak jauh dari bandar.

“Malaysia akan memastikan polisi-polisi awam, bandar dan pelan-pelan serantau membantu dalam menyokong pertumbuhan ekonomi sementara melindungi penggunaan alam sekitar dan tanah pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena penutup Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar serta Pengarah Eksekutif di UN-Habitat, Datuk Maimunah Mohd. Sharif. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons