February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Selasa, 13 Februari 2018

Oleh : The Malaysian Insight

BERSATU telah memecat tiga ahlinya selepas siasatan dibuat Lembaga Disiplin mendapati mereka bersalah menyelar parti dan kepimpinan tanpa melalui saluran rasmi parti.

Ketua Penerangan Bersatu, Kamarudin Mohd Nor berkata, keputusan memecat mereka telah dibuat minggu lalu.

“Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) telah bersetuju memecat tiga ahli kerana menyelar parti dan pimpinan minggu lalu selepas disiasat oleh Lembaga Disiplin,” kata Kamarudin dalam sidang medianya pagi ini.

Sebelum ini dilaporkan yang ahli Bersatu membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendakwa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Bersatu yang diadakan Disember lalu tidak mengikut Perlembagaan parti.

Menurut Kamarudin, ketiga-tiganya adalah bekas pemimpin dan kini adalah ahli biasa sebelum dipecat. Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut siapakah yang dipecat itu.

Beliau juga menyifatkan ia adalah serangan terancang pihak tertentu digerakkan di seluruh negara.

“Ini satu gerakan terancang serang PPBM (Bersatu) sejak beberapa bulan lalu. Ia sudah merata dari Utara ke Selatan dan kini di Pantai Timur,” katanya.

Bagi Kamarudin, sudah ada konsistensi dalam kandungan serangan iaitu membuat laporan kepada RoS dan mengadakan sidang media.

“Ada macam perancangan tangan ghaib yang guna ahli dan bekas ahli kami yang sudah tak ada tempat dan bermasalah untuk serang dan kelirukan ahli dan masyarakat,” katanya.

Menurut Menteri Dalam Negeri Dr Ahmad Zahid Hamidi, RoS sedang menjalankan siasatan ke atas AGM parti baru orang Melayu itu.

Bagaimanapun, Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad mendakwa serangan berkaitan pentadbiran Bersatu dilakukan bagi menghalang pendaftaran gabungan pembangkang sebagai satu entiti menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan berlaku tahun ini.

Share this



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons