February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


THE MALAYSIAN INSIGHT

Mengapa Najib berani pecat Muhyiddin tapi tidak Isa Samad, soal PAS
PAS menggesa Isa Samad digantikan dengan golongan
profesional yang faham tentang selok-belok perniagaan Felda. – Gambar
fail The Malaysian Insight, 
 

PAS hari ini mempersoalkan mengapa Perdana Menteri Najib Razak
takut untuk menyingkirkan Pengerusi Felda Global Ventures Holdings
Berhad (FGV) Isa Samad daripada syarikat itu.

Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata, Najib perlu berani bertindak
memandangkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berada di bawah
Jabatan Perdana Menteri dan demi kebaikan warganya.

“Kalau Muhyiddin Yassin pun Najib berani pecat sebagai timbalan perdana menteri.

“Tukar sahaja Isa dengan orang lain. Tidak perlu takut kepada Isa,
beliau hanya manusia biasa sahaja,” kata ahli Parlimen Bukit Gantang itu
dalam satu kenyataan hari ini.

Kemelut timbul dalam syarikat itu apabila Presiden dan Ketua Pegawai
Eksekutif Zakaria Arshad dan tiga lain dipaksa bercuti sehingga siasatan
dalaman berhubung urusniaga anak syarikat FGV selesai.

Idris turut mempersoalkan siapakah yang sebenarnya berkuasa di Felda di antara pengerusi Shahrir Samad dan Isa.

“Pelik Shahrir ialah pengerusi Felda, manakala Isa hanya sebagai pengerusi FGV.

“Felda pemegang terbesar dalam FGV, tiba-tiba seolah-olah pengerusi Felda tidak boleh buat apa-apa kepada Isa,” katanya.

Idris berkata, sebagai pemegang saham terbesar dalam FGV, Felda sudah
pun meluluskan tiga wakil untuk duduk dalam syarikat itu tetapi
sehingga kini masih tiada tindakan.

“Semestinya Felda mesti ada wakil di dalam FGV kerana untuk menjaga kepentingan Felda dan peneroka. Hebat sangatkah Isa?

“Beliau mesti sedar kedudukan Felda lebih besar daripada FGV. FGV
ibarat anak, manakala Felda ialah bapa. Anak tidak ada, jika bapa tidak
wujud,” katanya.

PAS turut menggesa Isa digantikan dengan golongan profesional yang faham tentang selok-belok perniagaan Felda.

“Hentilah dengan melantik orang politik yang tidak profesional untuk kendalikan agensi yang cukup besar,” katanya.

Semalam, gabungan anak peneroka Felda turut mendesak Najib memecat Isa daripada FGV.

Putrajaya pada Rabu mengumumkan melantik Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Idris Jala bagi membantu menyelesaikan kemelut FGV.

Bagaimanapun, bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin berkata, Putrajaya seharusnya melantik pihak berkecuali untuk meneliti dan membantu menyelesaikan kemelut FGV.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons