February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PARIS 13 Feb. – Menjelang perlawanan peringkat 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara, Neymar tampil dengan persediaan tersendiri.

Bintang Paris Saint Germain (PSG) itu menghiasi betisnya dengan lukisan tatu trofi Liga-Juara-Juara.

Kelab gergasi Perancis itu bakal berdepan juara bertahan Real Madrid Rabu ini di Santiago Bernabeu bagi pusingan pertama kalah mati.

Bintang Brazil itu mahu memastikan apa yang diingini tercapai musim ini termasuk membantu kelabnya menjulang trofi tersebut.

Neymar,26, pernah menjulang trofi ini ketika bersama Barcelona pada tahun 2015.

Dia juga turut menambah lukisan tatu berupa beberapa ekor burung di bahagian lehernya yang bermaksud kebanggaan, hormat, berani, maruah dan kepercayaan. – AGENSI



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons