February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


BUTTERWORTH 14 Feb. – Tempoh reman dua beradik yang disyaki terlibat dalam kes dera seorang pembantu rumah warga Indonesia sehingga mati di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam di sini Ahad lalu disambung tujuh hari lagi.

Perintah lanjutan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah, Nor Hapipah Abdullah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini pagi ini.

Dua beradik berkenaan masing-masing lelaki dan wanita berusia 36 dan 39 tahun sebelum ini direman selama empat sejak Ahad lalu bagi membantu siasatan kes tersebut.

Semalam, ibu mereka yang berusia 60 tahun turut direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian pembantu rumah mereka Adelina Lisao, 26, yang dipercayai didera berdasarkan kesan luka parah pada kepala, tangan dan kaki. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons