February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


BUENOS AIRES 14 Feb. – Argentina mengumumkan ganjaran bernilai AS$5 juta (RM17 juta) untuk sebarang maklumat yang membawa kepada penemuan kapal selam San Juan yang hilang bersama-sama 44 anak kapal di laut Atlantik Selatan pada November lalu.

Kementerian Pertahanan memaklumkan, ganjaran itu akan diberi kepada `mana-mana pihak yang memberi maklumat dan data berguna yang membolehkan kami mencari kedudukan dan lokasi tepat kapal selam’ berkenaan.

Kerajaan pimpinan Presiden Mauricio Marci itu juga memaklumkan sedang `menjana insentif yang memadai’ untuk syarikat swasta menyertai pencarian bersama-sama tentera laut negara ini. – AFP

habis.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons