February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 14 Feb. – Lima pendaki dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) berjaya menawan Gunung Kinabalu hari ini.

Pasukan terbabit mengambil masa kira-kira empat jam pendakian sebelum berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu yang terletak di ketinggian 4,095 meter dari aras laut bagi mengibarkan bendera MyIPO15.

Ketua misi Road To MyIPO15, Azlikhairul Abu Hasan Shaari berkata, misi mereka untuk menawan puncak gunung yang tertinggi di Malaysia bermula Isnin lalu, selepas menerima bendera sambutan ulang tahun ke-15 MyIPO itu daripada Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Shamsiah Kamaruddin di Kuala Lumpur.

“Objektif utama kami dalam melaksanakan pendakian ini adalah untuk mempromosikan MyIPO sebagai organisasi yang bertanggungjawab melindungi harta intelek di Malaysia sejak ia ditubuhkan 15 tahun lepas.

“Selain itu, kami juga mahu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan MyIPO serta mengajak mereka untuk sama-sama mengunjungi Karnival Harta Intelek yang akan diadakan di Paradigm Mall, Petaling Jaya pada 3 dan 4 Mac ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain Azlikhairul yang merupakan Penolong Pegawai dari Bahagian Komunikasi Korporat MyIPO, empat lagi anggota perbadanan yang menyertai ekspedisi terbabit adalah Penolong Pengarah Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa MyIPO, Noor Mohamad Hazman Hamid dan Ketua Cawangan MyIPO Sabah Mohamed Noh Dzulnashriq Abdul Hamid.

Turut serta dalam misi itu ialah Ketua Unit Bahagian Kejuruteraan Paten, Mohd. Zaki Zakaria dan Penolong Pegawai Harta Intelek, Norizam Amdan.

 

Azlikhairul berkata, mereka menghadapi sedikit kesukaran kerana hujan lebat dan angin kuat selepas kira-kira dua jam pendakian.

“Alhamdulillah, berkat kerjasama dan tiupan semangat dari rakan-rakan kami berjaya juga ke puncak dan menyelesaikan amanah bagi meletakkan bendera MyIPO15 ini di puncak ketiga tertinggi di Asia Tenggara,” katanya,

Sementara itu, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MyIPO, Akhtar Sahari berkata, perbadanan itu berasa bangga dengan kejayaan pasukan pendaki MyIPO15 dan menyampaikan ucapan syabas kepada mereka. – UTUSAN ONLINE

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons