February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Kepimpinan tertinggi PPBM sering tunduk kepada DAP dalam
membuat keputusan penting, terutama soal pembahagian kerusi DUN dan
Parlimen di seluruh negara, kata Naib Ketua PPBM Bahagian Kota Bharu,
Mohd. Nor Hashim Che Min.

Beliau berkata sikap tidak tegas pucuk pimpinan PPBM itu dalam
pembahagian kerusi itu menyebabkan berlaku perpecahan yang serius di
peringkat akar umbi.


“DAP semakin hari semakin kuat manakala orang Melayu dalam pakatan
ini pula sudah berpecah belah hanya kerana berebut kerusi termasuk di
Kelantan. Sebenarnya kita tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.


“Masalah utama dalam Pakatan Harapan ialah DAP lebih menonjol
daripada parti-parti lain, dan kita memang takut ini berlaku,” katanya
dalam sidang media semalam.

Turut hadir dalam sidang media itu adalah Ketua Pemuda PPBM Bahagian,
Nik Mohd. Adhwan Nik Haris dan Ketua Srikandi PPBM Bahagian, Normala
Abdul Kadir.

Sementara itu, Normala berkata, sedikit demi sedikit, pekung PPBM
bakal terdedah jika masalah dalaman gagal diselesaikan dan pada saat
tersebut, tidak mustahil ramai ahli mengambil keputusan keluar parti.

“Jujur kami kata, kami tidak nampak barisan pemimpin yang ada
sekarang boleh jadi pemimpin yang baik. Terlalu banyak masalah dihadapi
PPBM dan lambat laun perkara ini akan terbongkar jua,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons