February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic

 

 

SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) bersama NGO BERSIH hari ini, hanya
berjaya menghantar sejumlah 200 bantahan terhadap syor kedua kajian
semula persempadanan semula Selangor di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya
Selangor (SPR).

 

Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, bantahan yang
dikemukakan parti itu mewakili lebih 30,000 tandatangan pengundi
Selangor yang dikumpul bersama keempat-empat parti komponen PH dan
BERSIH.

 

“Ketidaksamarataan jumlah pengundi di kawasan bandar dan luar bandar sangat ketara di Selangor.

 

“Kami berharap agar SPR akan mengambil kira permintaan daripada rakyat
untuk memastikan pembahagian yang sekata boleh dibuat disemua kerusi DUN
dan Parlimen Selangor.

 

“Bagi kawasan yang terkesan dengan syor kedua seperti parlimen Gombak,
Ampang, Pandan, Kuala Selangor dan Tanjong Karang, kami harap SPR akan
meneliti bantahan-bantahan khusus yang telah dikemukakan pengundi di
kawasan- kawasan tersebut,” ujarnya kepada media di hadapan pejabat SPR
Selangor pagi tadi.

 

Setiap satu bantahan itu mewakili sekurang-kurangnya 100 tandatangan.

 

Sebelum ini gabungan berkenaan mensasarkan 100,000 pengundi di Selangor
untuk mendaftar bantahan mereka terhadap proses berkenaan.

 

SPR kini sedang mempamerkan cadangan persempadanan semula untuk kali kedua.

 

Tempoh pameran dan bantahan akan berakhir esok.

 

Disember lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) meneruskan persempadanan semula di negeri ini.

 

Kebenaran itu sekaligus mengekalkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi pada 7 Disember lalu.SP

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons