February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Pemimpin dan pencacai Pakatan Harapan menjadi kecoh apabila sekumpulan diplomat dari Israel hadir ke Malaysia untuk hadir ke satu program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan mendakwa Kerajaan kononnya memihak dan menyokong rejim zionis itu. Secara dasarnya, Malaysia tidak ada sebarang hubungan diplomatik Kerajaan dengan Kerajaan dengan Israel. Di passport Malaysia pun masih jelas tertulis larangan masuk ke negara zionis itu.

Wakil Israel yang hadir ke Malaysia adalah Diplomat Kanan Israel yang diketuai bekas Timbalan Duta Israel ke PBB, David Roet untuk hadir program World Urban Forum (WUF). Program WUF dihadiri oleh 185 buah negara dan dianjurkan Program Penempatan Manusia PBB atau UN-Habitat. 

Pemimpin dan pencacai pembangkang kecoh dengan kehadiran diplomat Israel ke program PBB sedangkan apabila bekas Pegawai Khas Lim Kit Siang, Mohamad Razali Abdul Rahman membuat pendedahan bahawa DAP menerima derma RM1.2 bilion dari Israel, tiga tahun lepas, mereka senyap. Pada tahun 2015, ada wakil pembangkang juga buat pendedahan sama. 

DAP hanya menafikan perkara itu tapi tidak mengambil tindakan memfailkan saman ke atas Mohamad Razali sampai ke hari ini. Mengapa pemimpin tertinggi DAP, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng membisu tentang duit Israel ini?

Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen DAP Beruas adalah anggota pertubuhan Socialist International yang turut dianggotai oleh parti politik dari Israel. Pertubuhan sosialis antarabangsa ini sering membantu anggotanya menghadapi pilihanraya di seluruh dunia. Barangkali kerana takut rahsia terbongkar, sampai ke hari ini, DAP diam di dalam hal dana RM1.2 billion dari Israel ini.

Yang pasti, Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak tidak pernah cuba untuk menjalinkan sebarang hubungan kerajaan dengan Tel Aviv. Di forum antarabangsa dan PBB, DS Najib Tun Razak tegas dan konsisten memperjuangkan isu Palestin.

Berbeza dengan Tun Dr Mahathir yang kini menjadi Pengerusi Pakatan Harapan. Tun Dr Mahathir pernah menjalin hubungan dengan Israel. Tun Dr Mahathir sendiri mengaku ada menghantar surat kepada Perdana Menteri Israel pada masa itu, Yithzak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak pada tahun 1993, 1997 dan 1999. 

Kedua, ada dakwaan pada 06 hingga 09/07/1994, Tun Dr Mahathir telah mengadakan pertemuan sulit dengan Rabin bersama Menteri Luar Israel, Shimon Peres di Hotel De Grillion, Perancis di mana mereka sama-sama menginap. Laporan pada masa itu oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Tun Dr Mahathir dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis. Selepas daripada itu, baru Mahathir mengaku bahawa beliau ada berhubung dengan Rabin hanya melalui surat.

Tun Dr Mahathir walaupun pernah mendakwa berkawan rapat dengan bekas Pengerusi PLO dan Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Yasser Arafat tapi Tun Dr Mahathir tidak pernah menjejakkan kaki ke Palestin, walaupun dikatakan lantang mengkritik Israel.

Sebaliknya, DS Najib Tun Razak merupakan Perdana Menteri pertama Malaysia yang menjejakkan kaki ke bumi suci dalam satu lawatan kemanusiaan ke Gaza pada 22/01/2013. DS Najib tiba di sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira pukul 4.40 petang waktu Malaysia pada masa itu. Beliau disambut oleh Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh di sempadan.

Tidak perlu kecoh kenapa delegasi Israel itu datang ke Malaysia. Ianya atas jemputan program PBB. Bukan seperti derma dari Israel yang DAP terima itu. Dana RM1.2 billion itu lebih serius untuk diperbincangkan. Tun Dr Mahathir pun turut sama diam pasal dana Israel itu. Tutup mulut habis bila sudah bersahabat dengan DAP.

Akhir kata, pencacai-pencacai PKR dan PPBM pastinya masih menyusu badan dan tidk mengetahui fakta bahawa Tun Dr Mahathir memberi kebenaran khas kepada pasukan Kriket Israel masuk ke Malaysia pada tahun 1997. Tanya Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar sebab apa beliau masuk penjara? Sebab membantah kemasukan pasukan Kriket Israel.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons