February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


JOHOR BAHRU 14 Feb. – Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menghadapi masalah untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan kumpulan Piala AFC apabila menundukkan Persija Jakarta, 3-0.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini menyaksikan Hazwan Bakri, Jorge Pereyra Diaz dan Safawi Rasid mencetak nama selaku penjaring.

Gol pertama JDT muncul pada minit ke-29 apabila Hazwan berjaya menewaskan penjaga gol Persija Jakarta, Andritany Ardhiyasa selepas menerima bola hantaran Azrif Nasrulhaq.

Diaz kemudian melebarkan jaringan tuan rumah menjadi 2-0 pada minit ke-41 menerusi gerakan solo menarik.

Gol ketiga JDT hadir pada minit ke-76 apabila rembatan deras Safawi berjaya menerjah gawang pelawat. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons