February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


JERLUN 14 Feb. – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan maut dalam kebakaran di rumahnya di Batu 4 Pida Baru Jalan Sanglang Kodiang di sini kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Difahamkan, mangsa, Salleh Ariffin, 63, tinggal seorang diri sejak beberapa bulan lepas setelah kematian ibunya.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.51 malam sebelum tiba di lokasi pada 9 malam.

“Setiba jentera di lokasi didapati kebakaran melibatkan rumah kelas A. Kemusnahan adalah 90 peratus.

“Api berjaya dikawal sepenuhnya pada 10.15 malam,” katanya di sini.

Katanya, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons