February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

KOTA BHARU: Timbalan menteri besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik
Abdullah menegaskan kerajaan negeri tidak mempunyai kaitan terhadap
keputusan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, yang menarik darjah
kebesaran dua pemimpin kanan Amanah negeri itu.

 

“Berdasarkan pengalaman, tuanku mempunyai maklumat dan membuat
penilaian sendiri. Tak Sepatutnya ada mana-mana pihak yang
mempertikainya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat exco
di Kota Bharu, hari ini.

 

Beliau juga turut membandingkan keputusan Sultan Selangor, Sultan
Sharafuddin Idris Shah, yang menarik balik darjah kebesaran Datuk Seri
Anwar Ibrahim pada 2014.

 

“Sedangkan PKR (dan Pakatan Rakyat) yang menjadi kerajaan negeri.
Apakah PKR yang melobi agar tuanku menarik pingat Anwar?” soalnya.

 

Pada 7 Februari lalu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, bersetuju
menarik balik Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia
(DJMK) yang membawa gelaran Datuk daripada Naib Presiden Amanah Husam
Musa dan Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abd Rahim Wan Abdullah.

 

Untuk rekod Husam dan Wan Abd Rahim adalah antara bekas pemimpin kanan Kelantan semasa bersama PAS suatu ketika dulu.

 

Selain Husam dan Wan Rahim, Sultan Muhammad V turut menarik balik
Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) Al-Yunusi Kelantan yang
dikurniakan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir
Mohamad pada tahun 2002.

 

Mohd Amar yang juga naib presiden PAS diminta mengulas kenyataan
Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bahawa penarikan itu
menyebabkan darjah kebesaran tidak lagi bernilai pada masyarakat.

 

Mohd Amar berkata, pengurniaan dan penarikan darjah kebesaran adalah
hak sultan seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

 

“Maka tidak bijak jika ada yang mempertikai hak dan prerogatif Sultan.
Tak baik kita komen (keputusan Sultan Kelantan),” katanya lagi.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons