February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Azam Baki berkata, suspek ialah pemain persendirian dan SPRM akan meneliti kes itu kerana ia mempunyai unsur rasuah.

SPRM

Timbalan
Pesuruhjaya Operasinya, Datuk Seri Azam Baki pada sidang medianya
selepas menghadiri program gerah dan pelancaran kempen gempur bersama
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Auditorium DBKL.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
mengesahkan seorang pemain persendirian badminton negara sedang disiasat
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana disyaki terbabit dalam skandal
mengatur perlawanan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata suspek bukan pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Katanya, SPRM akan meneliti kes itu kerana ia mempunyai unsur rasuah.

“Kes itu masih dalam peringkat siasatan. Kami difahamkan BWF sedang
lakukan siasatan ke atas pemain itu,” katanya selepas menghadiri program
gerah dan pelancaran kempen gempur bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
hari ini.

Berita Harian Online hari ini melaporkan seorang pemain profesional
sedang disiasat BWF kerana disyaki terbabit dalam aktiviti mengatur
perlawanan dan difahamkan BWF mengesyaki pemain itu berdasarkan gaya
hidupnya yang dikatakan mewah.

Sumber yang dipetik laporan itu berkata, BWF menggantung pemain
berusia 20-an itu daripada menyertai sebarang kejohanan sehingga
siasatan selesai, sejak bulan lalu selepas kegiatan mengatur perlawanan
semakin ketara.

Sumber itu berkata, BWF mula memantau pergerakan pemain itu yang kali
terakhir menyertai kejohanan antarabangsa di negara jiran sejak
Februari 2017 dan memanggilnya untuk siasatan lanjut hujung tahun lalu.

BWF yang dikatakan mempunyai bukti mencukupi, termasuk hasil
pemeriksaan ke atas telefon bimbitnya, akan mengadakan sesi sebutan kes
di Singapura akhir bulan ini untuk suspek membela diri.

Azam berkata, kes ini kali pertama pemain badminton negara disiasat BWF.

“Nama dan umur tidak boleh beritahu. Ini isu yang bukan biasa berlaku,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons