February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Portal pro-Amanah, Malaysia Dateline hari ini memadamkan artikel bertajuk “Penyokong tidak perlu kecil hati Pas dipanggil PIGS” tanpa menyatakan sebarang sebab.

Namun carian di webcache artikel itu disiarkan jam 7 petang semalam
dengan memetik kenyataan Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah, Ustaz
Zolkharnain Abidin.

Menurut Zolkharnain gelaran itu memang wujud yang merujuk berkenaan
gabungan PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang membentuk
Gagasan Sejahtera yang ditubuhkan pada 16 Mac 2016 .

“Jadi, orang Pas tak perlulah kecil hati sangat apabila disebut PIGS
untuk merujuk kepada Pas – Ikatan – Gagasan Sejahtera. Lagipun gabungan
PIGS memang wujud pun.

“Kalau kalimat itu bermaksud babi-babi sekali pun, binatang itu juga
makhluk Tuhan. Ia cuma haram dimakan, tapi tak haram disebut dan
dipegang,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons