February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Satu
demi satu keraguan muncul dalam Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang
bernilai RM6.34 bilion kerajaan DAP Pulau Pinang semenjak ianya
dilancarkan pada 2013.

Bermula dari bayaran diluar kebiasaaan mahal, RM304.9 juta bagi
mengeluarkan senaskhah kertas kerja kajian kebolehlaksanaan pembinaan
terowong dan tiga lebuh raya, kepada isu syarikat komponen konglomerat
yang ditugaskan menjalankan projek mega tersebut.

Disebalik keraguan-keraguan berkenaan, maka muncul persoalan mega
samaada Projek Terowong Dasar Laut ini merupakan skandal penipuan
besar-besaran kerajaan negeri Pulau Pinang teraju Ketua Menterinya
merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng?

Penganalisis politik Raggie Jessy mendakwa, Guan Eng sebenarnya
langsung tidak berniat untuk membina projek terowong dasar laut dan
tiga lebuh raya yang dihubungkan ke terowong berkenaan.

“Walaubagaimanapun, apabila diserang, anda (Guan Eng) membuat
keputusan untuk mengheret Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertengkaran
dengan mendakwa Perdana Menteri membantu Gerakan dan MCA merosakkan
reputasi anda?

“Tapi apa kaitan Najib dengan kes ini? Adakah beliau yang memperdaya
CRCC sehingga mereka fikirkan akan diberi bayaran penuh RM69 juta?”
soalnya dipetik blog The Third Force.

Bayaran RM69 juta (USD22 juta) kepada China Railway Construction
Corporation Ltd (CRCC) dimaksudkan Raggie adalah upah untuk menyiapkan
kerja-kerja reka bentuk terowong dan tiga lebuh raya berkenaan yang
merupakan sebahagian daripada peruntukan kajian kebolehlaksanaan
bernilai RM304.9 juta.

Namun, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mendakwa, CRCC
hanya diberi bayaran RM3 juta sahaja semenjak projek tersebut
dianugerahkan kepada syarikat konglomerat pelaksana projek tujuan khas
(SPV) itu, lima tahun lalu.

Sungguhpun benar dakwaan kerajaan negeri bahawa CRCC dibayar RM69
juta, baki bayaran kajian kebolehlaksanaan RM236 juta kata Raggie,
masih terlalu besar dan melampau mahal bagi projek berkenaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadilah Yusof turut mempertikaikan
mengapa kerajaan negeri membuat pembayaran kepada syarikat konsesi pada
2013 sedangkan hasrat mereka untuk melaksanakan projek berkenaan pada
2023.

Exco kerajaan negeri, Lim Hock Eng pada sidang DUN mengakui bayaran
sebanyak RM219.99 juta sudah diserahkan bagi menjalankan kajian dan
agihan RM208.75 juta diserahkan kepada Zenith Construction Sdn Bhd
sementara baki RM11.23 juta kepada HSS Intergrated Sdn Bhd.

Guan Eng juga mengakui bayaran RM208.75 juta kepada Zenith adalah
dalam bentuk penyerahan dua lot tanah persisir pantai berkeluasan 5.67
ekar di Bandar Sri Tanjung, Pulau Pinang milik kerajaan negeri kepada
Zenith.

The Star dalam pada itu melaporkan, tanah tersebut dijual semula
kepada syarikat pemaju dengan nilai 10 jali ganda lebih mahal iaitu
RM2.83 bilion bagi projek pembangunan perumahan ‘super’ mewah dengan
nilai pembangunan anggaran RM15 bilion.

“Jadi jelaskan kepada saya, Guan Eng, mengapa CRCC cuma dibayar RM3 juta semenjak projek tersebut mula?

“Bukankah jelas bahawa anda tiada niat untuk membina tiga batang jalan dan terowong dasar laut?” tegas Raggie.- mD



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons