February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Oleh : Fathi Aris Omar

Kalau geng muda #UndiRosak tidak penting, kenapa ada ramai mencemuh mereka, menentang mereka dan merayu mereka?

Kenapa sebegitu banyak tenaga dan fokus dihabiskan untuk menjawab kempen individu seperti Maryam Lee, Hafidz Baharom, Benz Ali, Edy Noor Reduan, Muhammad Harris Nasril dan segelintir lagi pengguna Facebook?

Kenapa mahu #undirosak?

Ada dua tanggapan, setakat yang terlintas, mengapa individu kecil, berselerak dan riuh ini diberikan perhatian:

Pertama, mereka ini individu atau golongan yang tidak dengar cakap. Mereka bukan melawan sangat tetapi degil dan selalu juga sinis pada politik. Jadi, mereka ini menghakis nilai asas kepemimpinan ahli politik: upaya mempengaruhi orang lain.

Pemimpin rasa “tercabar” ada pihak tidak mahu mengikut naratif atau logika arahan mereka; ada pihak enggan melayan aturan main mereka. Rasa tercabar ini menimbulkan pelbagai emosi.

Jadi tidaklah pelik, “rasa tercabar” itu merebak dari sang pemimpin, ahli strategi, penyebar propaganda sampailah macai-macai parti politik di Facebook. Ia bermula dari atas.

Kedua, mungkin sudah muncul senyap-senyap tanggapan bahawa sentimen #undirosak, atau meluat pada politik, saat ini memang meluas. Namun tidak ramai yang ingin menonjolkan diri.

Ada yang mula buat baju untuk protes secara terbuka..

Jadi suara #undirosak ini hanyalah, mungkin pada tanggapan orang politik, puncak ketulan besar ais yang berbahaya kepada Titanic politik.

Di atas ketulan ais ini, geng undi rosak mengiklan kempen mereka untuk disahut ramai lagi yang pilih untuk membisu.

Seperti hujah aku dulu, kempen kecil-kecilan #undirosak ibarat menggosok “cas elektrostatik”, mencergaskan mereka yang pasif. Yang pasif ini mungkin enggan mengundi tetapi kempen aktif mahu merosakkan undi.

Setakat malam ini, dua tanggapan ini yang mampu difikir, selain tanggapan di kalangan pembangkang bahawa budak-budak muda geng #undirosak ini sudah “belot” daripada “perjuangan” mereka. Oleh itu mereka dikecam, didisiplinkan atau dipujuk ke jalan yang benar.

Namun tanggapan mereka ini “belot” lebih kurang dengan point pertama. Jadi dua tanggapan, setakat ini. Kalau ada analisis ngawur yang lain, aku tulis.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons