February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PADA pilihan raya umum lalu, tsunami melibatkan pengundi Cina mengejutkan semua pihak.

Tindakan majoriti pengundi Cina yang menyebabkan MCA kalah teruk itu sebenarnya memberi kesan kepada masyarakat masyarakat Cina sendiri.

Malah tindakan tersebut dilihat hanya menunjukkan seolah-olah kaum berkenaan mahu ‘terpisah’ daripada kerajaan dan berada dalam kelompok pembangkang.

Setelah hampir lima tahun berlalu dan bahang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) makin dirasakan, pilihan dilakukan majoriti  pengundi Cina itu tetap tidak dapat mengubah apa-apa terhadap kaum tersebut malah memberi kesan yang negatif kepada mereka.

Jika dilihat di sesetengah kawasan yang dikuasai pembangkang, mereka tidak juga mendapat pembelaan daripada pembangkang tetapi masih mengharapkan khidmat pemimpin Barisan Nasional (BN).

Malah alasan memilih pembangkang demi memperjuangkan hak masing-masing juga tidak tepat memandangkan kaum Cina di negara ini mendapat pelbagai nikmat sehinggakan mereka menjadi masyarakat terkaya di negara ini.

Mereka juga bebas bertutur dalam bahasa nenek moyang, mengamalkan budaya mereka, mempunyai sekolah jenis kebangsaan Cina dan sebagainya yang dinafikan di negara lain termasuk di negara jiran Indonesia.

Kini, ketika PRU-14 semakin hampir, pengundi Cina harus berfikir secara matang memilih kerajaan yang akan menentukan masa depan mereka.

Dalam isu ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, masyarakat Cina perlu kembali semula kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang untuk terus bersama-sama memainkan peranan mereka dalam pembangunan negara.

Kata beliau, tiada faedah kepada masyarakat Cina untuk terus bersama pembangkang kerana hanya kerajaan BN mampu membantu mereka yang akhirnya mereka terpaksa berjumpa dengan pemimpin kerajaan bagi meminta bantuan.

“Kaum Cina tidak boleh selama-lamanya meletakkan mereka sebagai pembangkang seolah-olah ada dua kumpulan iaitu kerajaan yang tidak menguntungkan masa depan.

“Kita sudah bina negara bersama sejak merdeka bersama UMNO, MCA, MIC  dan lain-lain jadi tidak ada sebab akhir-akhir ini masyarakat Cina hendak meletakkan kaum mereka sebagai pembangkang.

“Kaum Cina mesti kembali kepada perjuangan asal iaitu bersama menegakkan kerajaan,” katanya pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Bera di Dewan Rakan Muda Bera di sini baru-baru ini.

Jadi, dalam berdepan pilihan raya umum akan datang, masyarakat Cina harus membuat pilihan terbaik. Memilih kerajaan atau terpisah bersama pembangkang. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons