February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus




Hari ini jika anda  melalui Permatang Pauh dan Seberang Perai Tengah pasti akan nampak banner dan billboard bebas  Datuk Seri Anwar Ibrahim dipasang . 


Kalau banner ucapan Selamat Tahun Baru Cina esok itu biasa oleh mana2 pemimpin politik , tapi ini banner orang di dalam penjara yang didapati bersalah oleh undang-undang pulak . 


Kenapa banner Anwar lebih diutamakan berbanding Tahun Baru Cina oleh pemimpin PKR di sini ?





Bulan Februari dipasang tapi Anwar hendak dibebaskan pada bulan Jun 2018 bermakna kurang 4 bulan lagi.

Apa relevannya memasang banner Anwar ini awal ?? 

MPSP ada berani ke pergi cabut ?? 

Sebenarnya ini adalah tindakan terdesak PKR untuk meraih simpati bila nak hampir Pilihanraya yang mana selama ini mereka jarang turun ke kawasan dan berkhidmat kepada rakyat dengan baik . 

 Malah kalau sembang di kedai kopi hari ini , ada pengundi berkata Team Zaidi lebih baik daripada team Wan Azizah menjaga kebajikan rakyat Pmtg Pauh . Dari murid tabika , pelajar sekolah , guru , kariah masjid , ustaz sekolah agama , orang sakit , dan ibu tunggal semua telah didekati dan dibantu oleh UMNO Permatang Pauh diketuai Datuk Hj Mohd Zaidi Hj Mohd Said  sejak 2013 . 


Kalau ada pun wakil rakyat PKR turun ke kawasan itu pun dibantu kepada ahli mereka sahaja bukan rakyat yang lain . Ini yang rakyat nampak selama hampir 5 tahun pemimpin PKR menjadi wakil rakyat di sini . 


Jadi , taktik meletak banner tokoh konon berjuang reformasi yang kini sudah basi meraih simpati terutama penyokong PAS sudah tak relevan lagi .  


Rakyat kini sedang menilai dan ingin memilih pemimpin yang boleh berkhidmat untuk rakyat bukan selepas menang balik ke Kuala Lumpur dan jarang turun kawasan bila rakyat memerlukan !



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons