February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


BILLBOARD itu haram. Itulah alasan yang diberikan kepada seorang yang dipercayai ahli ataupun penyokong PAS apabila diminta untuk mengalihkan banner gergasi PAS di Simpang Kubang Semang pada kelmarin.


Menurut individu yang dikenali sebagai Jamsari Jam, beliau yang menulis di laman Facebooknya berkata, “Gara-gara gantung banner Amanat Tuan Guru Presiden dan Bendera Gergasi Pas tempoh hari, dua Billboard di simpang Kubang Semang dirobohkan oleh MPSP.

Alasan billboard ini dibina haram dah bertahun-tahun baru la bagi tahu haram.

Kilang Haram di Sungai Lembu Penanti awat tak pereban. 

Depa mula bimbang angin #PasTawanPermatangPauh mula membadai mereka.

Pengundi P44 akan merobohkan keegoan mereka pada PRU14 ini. 

Nak mudah cerita jika hangpa sebelum ini ada complain billboard haram jika nak cepat depa roboh hangpa pi gantung bendera Pas mesti depa roboh 😆,” jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook. 

Manakala seorang individu yang dikenali dengan nama Kassim Salamat pula mempersoalkan, meskipun PAS diarahkan untuk membuang banner-banner kempen parti mereka tetapi banner Anwar Ibrahim dibiarkan berada di kawasan yang sama tanpa diusik.

Katanya individu itu lagi, sakit hati menjadi punca papan tanda PAS dirobohkan.


Kami cuba mendapatkan respon dari ahli majlis di Pulau Pinang, jawapan yang diterima menyatakan, setiap billboard yang dipasang perlu mendapatkan kebenaran dengan cara memohon dan menunggu kelulusan dari pihak berkuasa.


Andai berlakunya pilihanraya, semua billboard, banner dan bendera dibenarkan pasang secara automatik itupun selepas SPR mengesahkan calon yang bertanding dan calon telah membayar deposit sebanyak rm5,000. 


Jika mana-mana parti mahu mengadakan ceramah, mesyuarat agung dan karnival mereka perlu membuat permohonan kepada pihak polis dan pihak berkuasa tempatan akan membenarkan pemasangan dilakukan selama tiga hari iaitu sebelum, semasa dan selepas berakhirnya program.


Melihat kepada gambar-gambar pemasangan billboard PAS oleh pihak-pihak tertentu, ia dipercayai membahayakan keselamatan pengguna jalanraya. Pemasangan billboard kekal perlu mendapatkan kebenaran tuan tanah untuk urusan teknikal disusuli pelan binaan dan pelan tapak. Ringkasnya ia tidak boleh dipasang tanpa kebenaran.


Menurut wakil ahli majlis itu lagi, ada kes dimana MPSP dan MBPP juga pernah merobohkan billboard Timbalan Ketua Menteri 1 kerana tidak mendapat kelulusan. – 15 Februari 2018.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons