February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KITA sedia maklum dengan keculaparan kepimpinan Pakatan Harapan yang kerap menghina agensi-agensi kerajaan seperti SPRM dan sebagainya.


Taktik character assassination ini begitu mudah untuk dibaca. Mereka mahu menjatuhkan kredibiliti agensi-agensi ini dengan pelbagai tuduhan dan fitnah supaya rakyat tidak hormat lagi dengan mereka.

Sebelum ini Lim Kit Siang dilaporkan telah membuat perumpamaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai monyet.

Terbaru ialah kenyataan Lim Guan Eng DAP yang menuduh SPRM mahu menganggu dan merosakkan imej kerajaan Pulau Pinang kerana memanggil 2 exco negeri iaitu Lim Hock Seng dan P Ramasamy untuk mendapat keterangan mereka.

Guan Eng dilaporkan berkata tindakan SPRM memanggil P Ramasamy untuk disoal siasat adalah pelik kerana portfolionya sebagai exco negeri tidak ada kaitan dengan projek jalan raya.

“Ramasamy juga tidak menganggotai jawatankuasa tender negeri. Oleh itu saya percaya, jika (dia) disiasat, maka semua exco negeri akan disiasat juga. Mereka yang tidak terlibat juga akan dipanggil,” dakwa Guan Eng.

Anak Kit Siang DAP juga mengeluarkan tuduhan sama ada Ramasamy sedang disiasat kerana mengeluarkan kenyataan terhadap parti BN, dan sama ada SPRM cuba melindungi gabungan itu.

“Kami sangat tidak bersetuju cara SPRM menganggu kerajaan negeri. Kami mengharapkan mereka yang terlibat dalam projek itu dipanggil, tetapi mengapa Ramasamy?

“Ini bertujuan untuk merosakkan imej kerajaan Pulau Pinang.” dakwa Guan Eng.

Tuduhan melulu Lim Guan Eng itu terjawab apabila P. Ramasamy sendiri menyatakan butiran perjumpaan beliau dengan pihak SPRM.

Dan SPRM memang berhak menyoal P. Ramasamy tidak seperti yang dinyatakan oleh Lim Guan Eng.

P. Ramasamy sendiri mengaku bahawa pegawai SPRM mahu beliau mengesahkan minit mesyuarat ahli lembaga exco Pulau Pinang yang beliau hadiri.

“Pada asasnya mereka mahu mengesahkan mesyuarat exco berhubung projek terowong dan lebuh raya.

Ramasamy juga berkata, SPRM turut menyoalnya mengenai beberapa individu.

“Mereka bertanya tentang beberapa individu. Sesetengahnya saya jumpa, sesetengahnya tidak.” kata Ramasamy.

Jika SPRM berhak untuk mengambil keterangan Ramasamy, maka timbul persoalan :

1. Apakah Lim Guan Eng sudah bertambah panik dan takut bayang-bayang sendiri?

2. Apakah jika lebih ramai lagi exco kerajaan DAP negeri dipanggil hingga menyebabkan jalan cerita yang dirancang menjadi tunggang terbalik?

Siapakah exco negeri yang dipanggil selepas ini? Giliran Guan Eng?

Kita lihat juga video pendedahan tentang betapa buruknya parti DAP. Dr Mahathir juga dipersoalkan. Memang pedas!


Bila mendengar kenyataan di dalam video ini, kita tidak hairan apabila wujud kumpulan #UndiRosak yang menolak parti DAP dan Dr Mahathir sebagai calon PM pakatan pembangkang.

Sumber

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/37957/
https://www.malaysiakini.com/news/409920

SHARE ARTICLE :



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons