February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Datuk Maimunah Mohd Shariff adalah mantan Yang Dipertua, Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Wanita pertama yang bergelar ‘mayor’ dan menjadi orang harapan Ketua Menteri, Joseph Lim Guan Eng. Kini beliau menjawat jawatan sebagai Pengarah Eksekutif, UN-Habitat.

Berdasarkan Kenyataan Media daripada Menteri Luar, DS Anifah Aman, penglibatan wakil Israel dan jemputan kepada mereka ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif UN-Habitat dan bukannya Kerajaan Malaysia.

Mungkin adalah kebetulan Pengarah Eksekutif UN-Habitat adalah orang yang pernah menjadi orang kepercayaan Ketua Menteri Pulau Pinang atau Setiausaha Agong DAP.

PRESS RELEASE 

Ministry of Foreign Affairs, Malaysia 

PRESS STATEMENT BY THE MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS OF MALAYSIA DATO’ SRI ANIFAH AMAN  

ON THE PARTICIPATION OF THE ISRAELI DELEGATION IN THE 9th WORLD URBAN FORUM IN KUALA LUMPUR 

7 – 13 FEBRUARY 2018 

There have been attempts by some irresponsible parties to gain political mileage out of Israel’s participation in the 9th World Urban Forum (WUF9), which was held at the Kuala Lumpur Convention Centre from 7 to 13 February 2018. 

2.    The Ministry of Foreign Affairs wishes to clarify that Israel’s participation was based on an invitation issued by the United Nations, through its agency the United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat), the convenor of WUF9.   

3.    The invitation to Israel, signed by the Executive Director of UN-Habitat, was in accordance to the Host Country Agreement signed between that organisation and Malaysia.  Article III of the Agreement states, in part, that participation in the Forum shall be open, among others, to all the Member States of the United Nations and any of its Specialised Agencies.  Signing the Host Country Agreement is a requirement for any UN conference to be held away from any of the UN’s established headquarters. 

4.    It needs to be emphasised that unlike the other letters of invitation, the letter of invitation to Israel was not signed by any Malaysian official.  Therefore, the issue of Malaysia tacitly establishing links with Israel through the hosting of this Forum does not arise. Our position on Israel remains unchanged. To imply otherwise is an indication of malicious and malignant intent. 

5.    It should be noted that WUF9 was widely acknowledged to have been a success.  It raised Malaysia’s profile and showcased Malaysia’s achievements in the promotion, articulation and implementation of the New Urban Agenda.  It saw the participation of more than 25,000 people, with 69 countries being represented at the Ministerial level. All Malaysians should be proud of our country’s successful hosting of this prestigious and important Forum.   

DATO’ SRI ANIFAH AMAN
Minister of Foreign Affairs
15 February 2018

Versi Bahasa Malaysia:

KENYATAAN AKHBAR OLEH MENTERI LUAR NEGERI MALAYSIA 

YB DATO’ SRI ANIFAH AMAN MENGENAI PENYERTAAN DELEGASI ISRAEL KE FORUM BANDAR SEDUNIA KE-9 DI KUALA LUMPUR 

7 – 13 FEBRUARI 2018 

Terdapat percubaan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menagih keuntungan politik daripada penyertaan Israel dalam Forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF9), yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 7 hingga 13 Februari 2018. 

2. Kementerian Luar Negeri ingin menjelaskan bahawa penyertaan Israel adalah berdasarkan jemputan yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), melalui agensinya Program Penempatan Manusia PBB (UN-Habitat) selaku penganjur WUF9. 

3. Surat jemputan kepada Israel, yang ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif UN-Habitat, adalah selaras dengan Host Country Agreement yang ditandatangani di antara organisasi itu dan Malaysia. Artikel III dari Perjanjian tersebut diantaranya menyatakan, bahawa penyertaan dalam Forum itu dibuka antara lainnya kepada keseluruh keanggotaan PBB dan mana-mana Agensi Khususnya (Specialized Agencies). Host Country Agreement ini adalah syarat bagi mana-mana persidangan PBB untuk diadakan di luar mana-mana ibu pejabat PBB yang sedia ada. 

4. Adalah ditekankan bahawa tidak seperti surat jemputan kepada negara-negara yang lain, surat jemputan kepada Israel tidak ditandatangani oleh mana-mana pegawai Malaysia. Oleh itu, tohmahan bahawa Malaysia secara senyap-senyap mewujudkan hubungan dengan Israel melalui penganjuran Forum ini adalah tidak timbul sama sekali. Pendirian Malaysia terhadap Israel tetap tidak berubah. Apa jua penyataan sebaliknya hanya sekadar membuktikan niat jahat dan berbahaya. 

5. Harus diingat bahawa pelbagai pihak telah menekankan bahawa WUF9 telah dikelolakan dengan jayanya. Forum ini telah berjaya meningkatkan profil Malaysia dan mempamerkan pencapaian Malaysia mempromosi, menyuara dan melaksanakan New Urban Agenda. Ia juga menyaksikan penyertaan lebih daripada 25,000 orang, dengan 69 negara diwakili di peringkat Menteri. Semua rakyat Malaysia harus bangga dengan kejayaan negara menganjurkan Forum yang berprestij dan penting ini. 

DATO’ SRI ANIFAH AMAN
Menteri Luar Negeri
15 Februari 2018



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons