February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


IPOH 15 Feb. – Selama 25 tahun berkahwin dengan isterinya yang berketurunan Cina, seorang ahli perniagaan, Datuk Mohd. Noor Kamaludin, 67, tidak melepaskan kesempatan menyertai majlis ‘makan besar’ bersama keluarga isterinya pada malam Tahun Baharu Cina.

Mohd. Noor yang berasal dari Pulau Pinang berkata, dia tidak mempunyai perasaan berbeza kaum apabila bersama meraikan Tahun Baharu Cina bersama keluarga isterinya. Datin Ferlena Leong Abdullah,, 56.

Menurutnya, biasanya dia akan pulang ke Ipoh bagi menyambut Tahun Baharu Cina bersama keluarga isterinya.

Katanya, mereka akan mencari restoran Cina untuk majlis makan besar pada malam Tahun Baharu Cina.

“Berkumpul di majlis makan besar bersama keluarga dan saudara mara isteri saya merupakan saat terbaik mengeratkan hubungan kekeluargaan.

“Walaupun saya orang Melayu manakala isteri pula orang Cina, saya tidak pernah rasa perbezaan kaum antara saya dan keluarga isteri,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis makan besar sempena Tahun Baharu Cina bersama keluarga isterinya di Restoran Assam House di Medan Gopeng di sini hari ini.

Mohd. Noor berkata, kemesraan dan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarganya bertambah erat setiap kali mereka dapat berkumpul bersama.

“Apa yang menariknya, saya sangat suka makanan Cina manakala isteri saya suka masakan Melayu terutama yang pedas,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons