February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Permohonan SPA Lepasan SPM : Panduan Mohon Secara Online

Perhatian kepada yang baru menamatkan peperiksaan SPM

permohonan spa

Kepada yang sedang mencari kerja dan berminat untuk menyertai Sektor Perkhidmatan Awam. Pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah digalakkan.

Untuk memohonn kerja kerajaan ialah hanya dengan melakukan pendaftaran secara atas talian atau online menerusi Permohonan SPA Borang Pendaftaran Jawatan Kerajaan atau Borang SPA.

Permohonan SPA bagi kekosongan jawatan kosong kerajaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah melibatkan pemohon dari kalangan lepasan SPM/Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dan ianya adalah sepanjang tahun.

Jadi, usah berlengah lagi dan dengan kadar secepat mungkin untuk anda mendaftar pekerjaan di Portal Rasmi SPA.

Semakan secara online boleh dilakukan untuk semakan keputusan peperiksaan dan temuduga bagi mereka yang telah menduduki peperiksaan dan temuduga SPA.

Cara Hantar Borang Permohonan SPA Online

Berikut di bawah kami kongsikan langkah-langkah melakukan pendaftaran pekerjaan di SPA menerusi Pendaftaran Borang Permohonan SPA ataupun Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam.

Sila layari dan klik pada borang SPA di URL yang disediakan di bawah ini untuk mendaftar SPA :

Sebelum boleh mengisi borang SPA, nama dan butiran hendaklah didaftarkan oleh pemohon. Sekali lagi, sebelum mengisi SPA8i, pendaftaran akaun baru perlu dilakukan terlebih dahlu menggunakan MyID bagi yang ingin mendaftar dan tidak mempunyai ID. MyID merupakan nombor kad pengenalan anda.

Penambahbaikan telah dilakukan tanpa memerlukan pengaktifan melalui e-mel bagi pendaftaran SPA8i. Penggunaan e-mel hanya digunakan sekiranya anda melepasi tapisan serta untuk panggilan temuduga dan menduduki peperiksaan atau pengumuman SPA.

  • Anda dikehendaki untuk mengisi segala maklumat yang diminta selepas pemohon membuat pendaftaran. Contohnya : butiran peribadi, maklumat akademik, dan aktiviti. Anda juga hendaklah mengisi jawatan yang ingin dipohon selepas mengisi semua maklumat. Adalah dinasihatkan kepada pemohon untuk mengisi jawatan yang dipohon bersesuaian dan bertepatan dengan kelulusaan akademik anda.

Sila rujuk panduan pendaftaran permohonan SPA, dengan klik link di bawah ini bagi informasi lanjut :

Syarat Permohonan Borang Permohonan SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan syarat terkini SPA adalah seperti dimaklumkan :

  1. Daripada 5 tahun telah dipendekkan menjadi 1 tahun bagi tempoh sah laku pendaftaran calon. Borang SPA perlu diisi sekali lagi oleh pemohon jika telah tamat tempoh.
  2. Telah dikurangkan kepada 15 belas jawatan sahaja bagi permohonan jawatan tanpa had.
  3. Permohonan jawatan untuk calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja iaitu terhad kepada dasar One Step Lower.
  4. Jawatan di peringkat Diploma/STAM/STPM/SPM dan Latihan Separa Perubatan hanya boleh dipohon oleh calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM sahaja.
  5. Pendaftaran permohonan jawatan hanya diterima melalui online sahaja dan ianya adalah sepanjang masa. Sebarang resume dan surat menyurat tidak diperlukan.
  6. Adalah tertakhluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian / Jabatan untuk urusan pengambilan dan panggilan temuduga hanya bagi calon yang berjaya melepasi tapisan.

Untuk makluman semua, jika tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (1) hingga (3) akan dibatalkan semua jawatan pemohon oleh SPA. Oleh itu, pengemaskinian Pendaftaran Pekerjaan Di Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah dinasihatkan untuk dilakukan oleh pemohon dan menghantar permohonan sebelum atau apad 30 November 2017.

Nota Penting

Pemohon dinasihati untuk sentiasa membuat semakan dari masa ke semasa akan status pendaftaran SPA untuk mengelakkan dari terlepas pandang aktiviti penting permohonan pekerjaan seperti panggilan temuduga.

Pengemaskinian permohonan SPA juga hendaklah dipastikan oleh pemohon-pemohon agar semuanya bertepatan dengan iklan yang dipaparkan pada Portal Rasmi SPA.

Cara Hubungi

Jika terdapat sebarang soalan atau pertanyaan berkenaan Permohonan Borang SPA Lepasan SPM rujuk di bawah ini :

  • Boleh ajukan terus soalan atau pertanyaan menerusi sistem ePertanyaan SPA iaitu pada http://aduan.spa.gov.my/aduanv2
  • Pengemaskinian SPA8i dan semakan status permohonan boleh dilakukan oleh pemohon pada bila masa-masa sahaja seperti maklumat peperiksaan dan temuduga dimana sistem ini dijana secara automatik dalam tempoh 24 jam.

Sila layari Portal Rasmi SPA untuk informasi lanjut mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam iaitu spa.gov.my.

Kami mahu mengucapkan selamat membuat Permohonan SPA Borang Pendaftaran Jawatan Kerajaan dengan maju jayanya.

Moga anda berjaya mendapat tawaran dan seterusnya menjawat kekosongan jawatan di Perkhidmatan Awam seperti yang dipohon dan dihajati. Insya Allah.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons