February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


IPOH 15 Feb. – Polis Kontinjen Perak menerima 95 buah motosikal jenis Kawasaki Naked Z250 dan Scrambler KLX 250 bagi kegunaan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di negeri ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, selain itu, polis turut menerima lima buah kenderaan pacuan empat roda (4WD) iaitu empat buah Isuzu D-max untuk digunakan oleh Unit Light Strike Force (LSF) dan sebuah Nissan Navara untuk Unit Pemusnah Bom (UPB).

Katanya, penambahan semua kenderaan tersebut merupakan langkah pihak polis dalam memantapkan lagi usaha pencegahan jenayah sekali gus mengurangkan kadar jenayah di negeri ini.

“Dalam memperkemaskan kekuatan keselamatan di negeri ini, polis Perak telah menerima tambahan motosikal bagi kegunaan URB iaitu sebanyak 68 buah motosikal Kawasaki Naked Z250 dan 27 buah Scrambler KLX 250.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan motosikal URB bagi seluruhkontinjen adalah sebanyak 422 buah motosikal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran dan Penyerahan Motosikal URB Kawasaki dan Kenderaan 4WD LSF Kontinjen Perak di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons