February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SEJAK dua hari lepas tersebarnya satu poster yang dipercayai merujuk kepada kenyataan adun Stulang, Andrew Chen Kah Eng di laman sosial.


Poster tersebut mendakwa Andrew telah berkata, “Orang melayu Bakar Batu sangat biadap dan kurang ajar tidak membenarkan DAP membuat ceramah di kawasan mereka.”

Bagaimanapun Andrew bertindak menafikan penyebaran berkenaan sebaliknya jelasnya ia merupakan satu fitnah yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu.

Poster yang tersebar

 
Tinjauan kami di laman sosial mendapati ia disebarkan oleh penyokong-penyokong Barisan Nasional.

Dalam pada itu Andrew sempat mempersoalkan Tan Sri Sharir Samad. Andrew berkata adakah menfitnah merupakan satu adab yang diterima oleh pemimpin itu?

“Adakah ini yang dimaksudkan oleh Tan Sri Sharir berkenaan dengan adab?
Selepas insiden Kecoh di Kampung Bakar Batu, cybertrooper pro-UMNO terus menFITNAH saya dan DAP dengan menyiarkan posting di Facebook yang PALSU di mana ia bukan merupakan kata-kata saya,”
katanya dalam satu kenyataan di Facebook. – 15 Februari 2018.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons