February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus




 Tanah Bernilai RM1.18 Bilion Kepada Dua Syarikat di bawah Azmin Ali  ?

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didesak menjelaskan tindakan kerajaan negeri memberikan dua bidang tanah bernilai RM1.18 bilion di Ijok kepada dua syarikat.

Desakan berikutan syarikat Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd, berjaya memperoleh tanah daripada kerajaan negeri sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan dibuat.


Kalau sebelum ini pembangkang mengkritik hebat   semasa isu tanah FELDA di Jalan Semarak yang kini sudah dapat semula kepada kerajaan , apa pulak kata Azmin Ali tentang tanah RM1.8 billion ini ?? 



CYBERJAYA : Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali agar menjelaskan isu penjualan tanah peneroka di Ijok kepada dua syarikat swasta di mana menurut beliau, terdapatnya beberapa perkara yang berlaku di luar kebiasaan berhubung isu pembelian tersebut.

Menurut Rahman, di zaman pemerintahan Tan Sri Khalid ibrahim, tanah yang dibeli oleh dua syarikat, iaitu Mujur Zaman dan LBCN Development sebenarnya telah pun dipulangkan kembali kepada kerajaan negeri ekoran dua syarikat tersebut telah melanggar beberapa perjanjian antaranya ialah tidak melaksanakan projek perumahan dan tidak membayar pampasan kepada peneroka selama 10 tahun.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons