February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KOTA KINABALU 15 Feb. – Persatuan Tobilung Sabah Bersatu (Tobisa) menyasarkan lebih 12 orang wakil negara akan dihantar dalam menyertai pertandingan Pesta Tari Dunia di Sepanyol Jun depan.

Presiden Tobisa, Muji NC Ampau berkata, ia bagi memberi lebih banyak peluang kepada semua peserta yang layak dalam mengembangkan bakat sedia ada ke peringkat antarabangsa.

Menurutnya, sebanyak 200 peserta bakal berentap merebut juara pertandingan di peringkat saringan kelayakan pesta tari tersebut yang akan diadakan pada 24 dan 24 Februari ini.

“Buat julung kalinya, pesta ini diadakan di peringkat saringan yang disertai semua penari dari seluruh negara sebelum melayakkan diri ke peringkat antarabangsa.

“Pertandingan ini bertujuan membuka peluang kepada mereka yang berbakat dalam seni tari untuk dikembangkan dan diangkat ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ampau berkata, pertandingan tersebut terbuka kepada semua penari dan dibuka kepada lima katogeri termasuk tarian moden dan kontemporari, kebangsaan, jazz dan hip hop,

“Orang ramai diundang untuk datang memeriahkan pesta tari diperingkat saringan yang akan diadakan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah.

“Selain itu, orang ramai boleh menyaksikan pesta tari tersebut menerusi laman sesawang rasmi Tobisa di www.tobisa.net sepancang acara tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons