April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menurunkan
serta-merta tanpa sebarang kompromi bahan-bahan kempen pilihan raya yang
mempunyai unsur hasutan yang dipasang di sekitar ibu negara.

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata,
unsur hasutan seperti poster gambar individu yang dipangkah akan
ditanggalkan segera dan individu yang menaikkan poster pula boleh
dikenakan kompaun.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan
Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2018 anjuran Pusat Pakar Pergigian KPJ
Kuala Lumpur, hari ini.

 

DBKL juga akan mengadakan rundingan dengan semua wakil parti politik
berkenaan peraturan pemasangan bahan kempen di Kuala Lumpur dalam masa
terdekat, katanya. 

 

Mhd Amin berkata demikian dipercayai mengulas insiden, ada pihak yang
menggantung kain rentang yang tertera ‘Saya No!! To DJ’ dan ‘kami ahli
Umno akar umbi Titiwangsa memohon kepada YAB Perdana Menteri agar
memilih calon lain selain daripada Datuk Johari’, #TolakJohariGhani
#JoeSombong #JoeAngkuh #asalbukanjoeghani @JoeBongkak #ABJ.

 

Kain rentang itu dikatakan digantung di sekitar kawasan Chow Kit dan Keramat, yang kononnya didalangi ahli Umno.

 

Walau bagaimanapun, Ketua Pemuda Umno Titiwangsa Datuk Nazir Hussin
Aktar Hussin menafikan bahawa beliau terlibat dalam cubaan mensabotaj
Datuk Seri Johari Abdul Ghani selaku Ahli Parlimen kawasan itu.

 

Beliau menengaskan dirinya tidak ada kena mengena dengan dakwaan itu
sehingga tersebar di media sosial sedangkan hubungannya dengan Johari
tidak ada masalah.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons