April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata,
peruntukan RM800,000 itu akan diberikan secara beransur-ansur mengikut
kiraan purata 12 bulan.

PETALING JAYA: Isu peruntukan “disekat” kerajaan Selangor selesai
apabila 13 adun PAS di negeri itu mula mendapat RM800,000 secara
berperingkat, sejak minggu lalu.

Perkara itu disahkan Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman.

“Kita sudah dapat pembayaran yang kita tuntut, apa yang kita ‘claim’
sudah mula turun kepada saya dan juga kepada adun lain. Saya sendiri
anggap isu ini selesai,” katanya kepada FMT hari ini.

Sebelum ini, difahamkan pembekuan peruntukan RM800,000 kepada setiap
adun Selangor itu hanya membabitkan wakil rakyat PAS dan didakwa untuk
mencantas khidmat mereka kepada penduduk setempat menjelang pilihan raya
umum ke-14.

Akhir bulan lalu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi
dilaporkan berkata, 9 adun PAS Selangor terpaksa menggunakan wang
sendiri sebanyak RM693,000 untuk melaksanakan program bantuan di kawasan
masing-masing.

Sallehen ketika itu mendakwa sikap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri
Azmin Ali bertentangan dengan janjinya yang mengutamakan rakyat
Selangor.

“Kita mewakili setengah juta rakyat dalam DUN masing-masing yang
terdiri daripada Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa. Itu rakyat
yang kita wakili yang memerlukan pertolongan dalam pelbagai masalah.

“Ia bukan lagi soal adun PAS, tetapi soal rakyat. Ia hak rakyat yang berada di bawah adun PAS,” katanya.

Khairuddin berkata, peruntukan RM800,000 kepada 13 adun PAS akan
disalurkan secara beransur-ansur mengikut kiraan purata 12 bulan.

“Kita tidak dapat semua RM800,000. Ia mengikut purata 12 bulan. Jadi,
yang mana kita tuntut itu adalah mengikut purata. Alhamdulillah ia mula
turun kepada kita,” katanya



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons