April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Lebuhraya Pan Borneo atau lebih dikenali sebagai Trans Borneo Highway merupakan jaringan jalanraya yang menghubungkan dua buah negeri di Kalimantan, malah turut dikongsi oleh Negara Brunei Darussalam serta sebahagian Kalimantan di wilayah Indonesia.

Jarak keseluruhan lebuhraya tersebut adalah 2,083 kilometer pada bahagian Malaysia, 168 kilometer dalam bahagian Brunei Darussalam dan 3,703 kilometer pada bahagian Indonesia. 

Projek Lebuhraya Pan Borneo buat kali pertama diumumkan sebagai sebahagian daripada manifesto Barisan Nasional semasa PRU-13 dan kemudian digazetkan dalam Bajet 2015 bagi membolehkan pentadbiran Najib Razak merealisasikan janji pilihanraya itu. 

Dianggap sebagai salah satu projek paling bercita-cita tinggi dan projek infrastruktur terbesar, Lebuhraya Pan Borneo akan menghubungkan banyak kawasan-kawasan luar bandar dengan bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak. 

Projek ini juga turut membabitkan kontraktor-kontraktor Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam pembinaannya menerusi Program Penyertaan Bumiputera.

Sesuatu yang nyata ialah, projek tersebut telah melonjakkan nama Najib Abdul Razak walaupun dia masih baru memegang jawatan Perdana Menteri berbanding Mahathir tetapi memberikan banyak perhatian serta peruntukan untuk Sabah dan Sarawak yang telah diabaikan selama ini terutama sekali ketika zaman 22 tahun pentadbiran Dr. Mahathir.  

Lebuhraya Pan Borneo jauh lebih gemilang dan berjarak jauh berbanding Lebuhraya PLUS yang dirancang pada zaman Allahyarham Tun Abdul Razak tetapi kemudian dikomersialkan dan dibuat menerusi program penswastaan dan konsesi oleh pentadbiran Dr. Mahathir. Pembinaan Lebuhraya PLUS yang berjarak keseluruhan 772 kilometer dari Bukit Kayu Hitam ke Johor Bahru, telah dibina secara berperingkat-peringkat dan siap serta dibuka secara rasmi pada 8 September 1994. Keseluruhan masa yang diambil untuk pembinaan lebuhraya tersebut adalah 13 tahun. Walau bagaimanapun, akhirnya lebuhraya tersebut dikenakan tol untuk pengguna bagi membayar syarikat konsesi.

Berbeza dengan Pan Borneo yang tidak akan mengenakan sebarang tol, laluan ekspres 4 lorong tersebut percuma sepenuhnya dan berjarak 3 kali ganda berbanding Lebuhraya PLUS. Mengikut perancangan Seksyen PAN BORNEO SARAWAK akan siap sepenuhnya pada tahun 2021, manakala PAN BORNEO SABAH dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.

Sebenarnya projek ini telah dirancang semenjak beberapa dekad lalu. Bagaimanapun, hanya inisiatif Najib Abdul RAzak sahaja yang telah menggerakkan projek tersebut pada tahun 2015 menerusi pembabitan 1MDB. 

Itulah sebenarnya yang menggusarkan penyokong-penyokong Dr. Mahathir. Mereka cuba merendahkan pandangan negatif terhadap Mahathir yang tidak pernah peduli dengan Sabah dan Sarawak walaupun berpeluang mengubah keadaan di kedua-dua negeri di Borneo itu sepanjang 22 tahun pentadbirannya. Apatah lagi projek Lebuhraya Pan Borneo telah dirancang jauh lebih awal tetapi hanya apabila Najib menjadi Perdana Menteri, barulah ia dilaksanakan.

Maka terpaksalah mereka membodohkan diri dengan memperlekehkan pembinaan projek tersebut. Projek yang dimulakan pada tahun 2015 dan berjarak lebih panjang berbanding projek lebuhraya yag disiapkan pada zaman Dr. Mahathir dikatakan sebagai projek mimpi dan pembinaannya berhadapan dengan pelbagai masalah kerana kerja-kerja pembinaannya berjalan terlalu perlahan.

Sudah tentu Netizen Sarawak yang prihatin dengan pembohongan serta pendustaan yang dilakukan oleh golongan oportunis penyokong Dr. Mahathir itu, segera menjawab dan mengecam perbuatan bodoh yang dilakukan oleh penyokong Dr. Mahathir yang terdesak untuk membela idola mereka.

Hakikatnya, Projek Lebuhraya Pan Borneo berjalan lancar. 10 daripada 11 pakej kerja telah dilaksanakan oleh Lebuhraya Borneo Utara Sdn. Bhd (LBU), malah telah mendahului dari tempoh yang dijadualkan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, berdasarkan kepada jaduah, kesemua pakej kerja tersebut yang sepatutnya mencapai 4.33 peratus fasa siap kini, telah mencapai 7.53 peratus. Hanya pakej kerja Telok Melano-Kuching sedikit lambat daripada yang dijadualkan kerana isu-isu tanah. Bagaimanapun, menurutnya isu tersebut sedang ditangani dengan giat.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons