April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Hadi
Awang (dua dari kanan) berkata, sebelum 1980-an, mahasiswa dan
pensyarah bebas menyertai sebarang aktiviti berkaitan politik kerana
kerajaan ketika itu tidak sedikit pun takut atau terkesan.


SERDANG: Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Tun Dr Mahathir
Mohamad menjilat ludah sendiri menerusi cadangan memansuhkan Akta
Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) yang terkandung dalam
manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Saya komen pendek saja, dia (Dr Mahathir) jilat ludah sendiri,” kata
presiden PAS itu selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Malaysia di
Stadium Majlis Perbandaran Serdang Jaya hari ini.

Pada 21 Mac lalu, Dr Mahathir menerusi siaran langsung di Facebooknya
memberi jaminan akan memansuhkan Auku, jika PH memenangi PRU14.

Pengerusi PH itu berkata, pemansuhan undang-undang itu bermakna
tanggungjawab terletak di bahu ibu bapa untuk memantau prestasi anak.

Hadi berkata, sebelum 1980-an, mahasiswa dan pensyarah bebas
menyertai sebarang aktiviti berkaitan politik kerana kerajaan ketika itu
tidak sedikit pun takut atau terkesan.

“Saya sempat berada pada zaman selepas negara mencapai kemerdekaan.
Ketika itu, tidak ada akta universiti yang mengikat pensyarah dan
mahasiswa.

“Pemimpin politik boleh masuk kampus dan ketika itu kerajaan tak takut, kita boleh menyertai kegiatan di kampus.”

Bagaimanapun, ahli Parlimen Marang itu berkata, keadaan berubah selepas Auku dilaksanakan pada 1980-an.

“Kita tak tahulah siapa jadi perdana menteri masa itu wujudkan akta
universiti tak benarkan pensyarah dan mahasiswa campur tangan dengan
politik. Sekiranya yang berpendidikan tidak dibenarkan, adakah nak
serahkan (pentadbiran) kepada yang tak berpendidikan?” soalnya.

Dr Mahathir, yang menerajui kerajaan selama 22 tahun dari 1981 hingga
2003, merupakan calon perdana menteri PH untuk PRU14 sementara menunggu
Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali layak untuk bertanding pada PRU.

Ditanya jika Rang Undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang
Kuasa Jenayah) 1965 yang dikenali sebagai RUU 355 sempat dibahaskan di
Parlimen yang akan berakhir 5 April ini, Hadi menyerah perkara itu
kepada kerajaan.

“Itu tugas kerajaan. Saya dah bawa ke Parlimen, menentukan bila dia
bahas itu terpulang kepada speaker, terpulang pada budi bicara dia.

“Apa yang penting kita dah berjaya melonjakkan RUU 355 ini melalui
usul yang pertama kerana usul mestilah memenuhi syarat-syarat yang
pertama terlebih dahulu. Seorang menteri Kabinet membawa usul
mengizinkan usul itu dibawa.”

Mengani isu calon PRU14, Hadi berkata, lebih 90% calon sudah
dimuktamadkan, tetapi parti itu tidak akan mengumumkan calonnya lebih
awal seperti yang akan dilakukan BN.

“Kita sudah selesai soal calon ini lebih 90%, tinggal sedikit sahaja,
sebab itu kita tak terikut parti lain.

Kita ada pendekatan kita
sendiri, di mana calon kita pilih sendiri dilihat dari atas (kepimpinan)
termasuk akar umbi parti.”



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons