April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 25 Mac – Penyanyi, Shawn Lee berjaya menundukkan pelakon, Shukri Yahaya di litar lumba dalam acara Toyota Gazoo Racing yang berlangsung di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil.

Dalam acara itu, pelakon, Dania Danielle turut menunjukkan taringnya apabila berjaya menduduki tempat ketiga menewaskan beberapa selebriti lain seperti Fattah Amin dan Janna Nick.

Perlumbaan memakan masa selama 20 minit dengan 11 pusingan dan untuk tujuh pusingan terawal, Shukri selesa mendahului pelumba lain.

Namun begitu pada empat pusingan terakhir, Shawn licik ‘mencuri’ peluang dengan memintas Shukri di selekoh ketika sedang membelok.

Perlumbaan seterusnya dijadualkan akan bermula sekitar pukul 5 petang di lokasi yang sama. – UTUSAN ONLINE

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons