April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Oleh : Haspaizi Mohd Zain

“Kami tidak percaya lagi Pakatan Harapan (PH), PKR mahupun PAS kami
tolak. Dulu mereka kata Tun Dr Mahathir Mohamad penjenayah, sekarang
‘penjenayah’ itu mahu diangkat menjadi Perdana Menteri.

“Jika soal prinsip pun mereka boleh tipu rakyat, benda lain apatah
lagi. Cukuplah kami di sini tertipu memilih Datuk Mohd Idris Jusi
sebagai wakil rakyat tetapi tidak bekerja untuk rakyat,” kata Razali
Ismail.

Dia yang juga pengundi Parlimen Batu Pahat, serik untuk terus tertipu
dengan permainan licik pembangkang yang akhirnya merugikan masyarakat
Batu Pahat.

Bagi Azmi Malek yang juga peniaga di Senggarang, berkata Mohd Idris tidak layak untuk menjadi wakil rakyat mereka di kawasan.

Katanya, kemenangan wakil rakyat PKR itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU13) lalu adalah satu kesilapan yang tidak boleh dimaafkan.

Sementara itu bagi pengundi muda, Nur Alyaa Razak, 25, dia lebih
mengenali Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
berbanding Ahli Parlimen Batu Pahat.

“Ini bermakna yang buat kerja di Batu Pahat, berkhidmat untuk rakyat
adalah Mohd Puad bukannya wakil rakyat yang menang, jadi buat apa saya
mahu undi pembangkang,” katanya kepada Watan Online.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons