April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Mangsa berusia 8 tahun itu ditemui anggota bomba di lokasi kejadian pada 6.45 petang dengan kesan gigitan di kaki kanan mangsa.

Gambar Reuters.

MIRI: Niat memancing serta mandi bersama rakan untuk mengisi masa
lapang semasa cuti sekolah berakhir dengan tragedi, apabila seorang
kanak-kanak lelaki mati lemas selepas dipercayai disambar seekor buaya
di sungai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng, Terry Robson Forante Nyangau
berkata, Mohd Fairus Muhamad Dais, 8, mandi selepas memancing bersama 4
rakan lain dalam kejadian 4.30 petang di Jalan Mulia 5C, Tudan.

“Mengikut cerita rakan mangsa, ketika kejadian, mangsa sedang mandi
di sungai apabila tiba-tiba badan mangsa ditarik seekor haiwan
dipercayai buaya,” katanya malam ini.

Terry berkata, mangsa berjaya ditemui anggota bomba di lokasi
kejadian pada 6.45 petang dengan kesan gigitan dijumpai di kaki kanan
mangsa.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Lim Meng Seah berkata, mayat mangsa
dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat dan mengesahkan ada kesan
gigitan di bahagian betis kanan mangsa.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons