April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Dunia politik di Malaysia tidak boleh lari dari penerhatian ke atas gelagat, tingkah laku dan amalan ahli keluarga ahli-ahli politik terbabit. Semakin ‘besar’ nama ahli politik itu, maka makin besarlah perhatian diberikan kepada seluruh keluarganya.

Maka tidak hairanlah apabila keluarga bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir terutama sekali cucu-cucunya menjadi perhatian ramai. Lebih-lebih lagi apabila cucu-cucu Mahathir seperti sengaja menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan kekayaan yang keluarga mereka miliki.

Gaya hidup keseluruhan keluarga tersebut terlalu berjurang berbanding gaya hidup kebanyakan rakyat Malaysia termasuklah penyokong kuat mereka.

Sudah lama persoalan tentang dari mana kekayaan Mahathir sekeluarga muncul, diperkatakan dan didedahkan. Bagaimanapun memandangkan Mahathir dan Mukhriz ‘berlindung’ dalam UMNO, maka selama lebih 3 dekad, Mahathir dan keluarganya ‘terselamat’ biarpun semakin ramai ahli UMNO turut mempersoalkannya.

Pendedahan awal tentang kontrak monopoli fiber optik yang diperolehi oleh syarikat Mukhriz menerusi ‘jasa’ Mahathir ketika Mahathir masih lagi menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, dilihat menjadi antara punca dan sumber kekayaan luar biasa bekas Menteri Besar Kedah itu.

Mukhriz sendiri menguasai lebih 100 syarikat yang teras perniagaannya adalah kontrak kerajaan yang diperolehi dari zaman bapanya masih Perdana Menteri.

Justeru tidak hairanlah bagaimana kekayaan tersebut dinikmati oleh anak-anaknya terutama anak perempuannya yang cukup bangga mempamerkan kekayaan mereka sekeluarga.

Kematangan politik di Malaysia masih jauh daripada digapai. Ahli-ahli politik perlu bersih dan dilihat bersih memandangkan mereka seringkali melaung-laungkan semangat dan iltizam untuk membela nasib bangsa dan mengangkat martabat agama Islam khususnya.

Namun apabila ada ahli keluarga yang begitu megah menunjuk-nunjuk, secara tidak langsung ahli politik tersebut sudah kehilangan hak dan maruah untuk tanggungjawab dan amanah yang lebih besar.

Bak kata Rizal Mansor dalan status terbarunya di FB, masuk kampung keluar kampung hasut petani, penoreh getah, peneroka dan nelayan kononnya rakyat hidup susah sekarang kerana ditindas kerajaan.

Balik ke rumah, teman dia bermain-main adalah seekor kucing yang harganya lebih mahal dari sampan atau bot yang digunakan nelayan-nelayan.

Berapa harga seekor KUCING SAVANNAH? Lihatlah harga yang diletakkan.

Ahli-ahli PPBM dan orang ramai diminta menderma kepada partinya konon untuk perjuangan. Namun begitu yang pasti harga kucing ini lebih mahal dari bayaran deposit untuk seorang calon bertanding dalam pilihanraya.

Rakyat sudah pasti benci dengan ahli politik yang hipokrit seperti ini.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons