April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KOTA BHARU 26 Mac – Kerajaan Pas Kelantan mengakui mengesan beberapa aktiviti pembalakan dan penerokaan secara haram di hutan-hutan simpan di seluruh negeri ini bagi tempoh 2014 hingga tahun lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, bagaimanapun kegiatan tersebut bukan secara besar-besaran sebagaimana digembur-gemburkan pihak tertentu, sebaliknya hanya dalam skala kecil.

“Berdasarkan rekod Jabatan Perhutanan negeri, dalam tempoh itu, hanya berlaku beberapa penerokaan dan penebangan haram secara kecil-kecilan namun kegiatan itu tidak menggunakan jentera berat.

“Ini membabitkan orang kampung yang masuk ke dalam hutan melakukan penerokaan hutan selain pembalak berlesen yang tersilap membalak di luar sempadan yang dibenarkan.

“Secara umumnya pembalakan skala besar-besaran memang tidak berlaku dan kalau ada tuduhan, itu memang tidak benar,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini hari ini.

Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah dan Sumber Asli negeri menjawab soalan Mohd Huzaimy Che Husin (Pas-Perupok) yang mahu mengetahui keadaan pembalakan haram di hutan simpan di negeri ini.

Beliau dalam pada itu berkata, antara usaha Jabatan Perhutanan negeri bagi membendung kegiatan itu menggunakan ‘forest monitoring remote sensing’ iaitu menerusi imej satelit, dron dan pemantauan melalui udara dengan helikopter. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons