April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Pengerusi Amanah Selangor berkata, laporan
persempadanan semula itu mungkin memberi kesan kepada kerusi DUN sedia
ada dan pertukaran kerusi mungkin berlaku, jika wujud banyak perubahan
dari segi demografi.

PETALING
JAYA: Pakatan Harapan (PH) Selangor akan menunggu pembentangan laporan
persempadanan semula kawasan pilihan raya di Parlimen Rabu depan,
sebelum memuktamadkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di
kalangan 4 parti pembangkang itu.

Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim berkata, laporan itu mungkin memberi kesan kepada kerusi DUN sedia ada.

Katanya, pertukaran kerusi mungkin berlaku antara PPBM, PKR, DAP dan
Amanah di Selangor, jika wujud banyak perubahan dari segi demografi
dalam laporan persempadanan semula kawasan pilihan raya itu.

“Belum lagi (selesai pembahagian kerusi). Kita sekarang nak tengok
(pembentangan laporan) persempadanan (semula kawasan pilihan raya) di
Parlimen minggu depan.

“Sebabnya ada kesan pada kerusi-kerusi ini. Jadi kita nak tunggu,
tengok dulu sebelum memuktamadkan (pembahagian kerusi),” katanya kepada
FMT.

Rundingan kerusi DUN Selangor sepatutnya diselesaikan hujung Januari
lalu, tetapi dilanjutkan sehingga hari ini atas permintaan PH Selangor
yang gagal memuktamadkan pengagihan kerusi milik PAS dan Umno antara
PKR, PPBM dan Amanah.

Pada 9 Mac lalu, Pengarah Pilihan Raya PH Selangor, Dr Xavier
Jayakumar dilaporkan berkata, 6 kerusi masih menjadi rebutan dan
rundingan akan dimuktamadkan “selewat-lewatnya sebelum pembubaran
Parlimen”.

Terdapat 56 kerusi DUN di Selangor dan PKR memenangi 14 kerusi, DAP
(15), PAS (15) dan Barisan Nasional (12) pada pilihan raya umum ke-13
(PRU13).

Jumlah kerusi PKR dan DAP berkurangan satu apabila Tan Sri Khalid
Ibrahim dan Loh Chee Heng keluar parti, manakala kerusi PAS menjadi 13
apabila 2 adunnya menyertai Amanah.

Pada 16 Mac lepas, Izham dilaporkan berkata, Amanah Selangor
diperuntukkan 9 kerusi DUN dan mahu mendapatkan 3 lagi kerusi, iaitu
Seri Serdang, Lembah Jaya dan Sungai Burong.

Khamis lalu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia
berkata, laporan persempadanan semula kawasan pilihan raya akan
dibentangkan Rabu depan.

Kali terakhir proses persempadanan semula dijalankan pada 2003. Ia
sepatutnya dilakukan pada 2011 tetapi ditangguh untuk memberi tumpuan
kepada PRU13 yang diadakan pada 5 Mei 2013.

Perlembagaan Persekutuan menetapkan proses persempadanan semula
kawasan pilihan raya perlu diadakan tidak kurang 8 tahun selepas setiap
kali persempadanan semula terdahulu dan tidak boleh melebihi 10 tahun.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons