April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Sinar Harian terus diselubungi kontroversi dan dilihat cenderung
menyokong gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan
Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terbaru, Sinar Harian didakwa mengeluarkan fitnah keatas Presiden
PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merupakan seteru politik Mahathir.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
mendakwa, Sinar Harian seolah-olah cuba memfitnah Abdul Hadi dalam isu
1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya tak pasti sama ada ia sengaja atau tidak, tetapi mengatakan PAS
berkecuali isu 1MDB adalah fitnah lama dan berterusan oleh saingan
politik PAS.

“Saya dimaklumkan Sinar Harian dah ubah tajuk. Saya tak pasti sama
ada ia sengaja atau tidak, tetapi mengatakan PAS berkecuali isu 1MDB
fitnah berterusan.

“Tiada akhbar Sinar Harapan di Malaysia. Setahu saya..,” sindirnya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.

Nik Mohamad Abduh yang juga anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat mendakwa, kenyataan Abdul Hadi bukan seperti dilaporkan oleh Sinar
Harian.

Dakwa beliau,  Abdul Hadi cuma menjelaskan PAS akan menyiasat 1MDB
dengan adil jika diberi peluang memerintah apabila ditanya oleh
wartawan.

Beliau turut memuatnaik laporan Sinar Harian bertajuk “PAS ambil
pendekatan berkecuali isu 1MDB” yang dianggap memfitnah Presiden PAS.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Karangkraf, Datuk Hussamuddin
Yaacob di laman Facebook memuatnaik laporan Sinar Harian yang telah
diedit.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons