April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KEPALA BATAS 26 Mac – Polis Seberang Perai Utara (SPU) menahan seorang lelaki warga emas yang dikesan memandu melawan arus di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB), di sini malam semalam.



Video MEDIA SOSIAL

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 malam itu, lelaki berusia 76 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Ria Murni, Sungai Petani menuju ke Taman Intan di kawasan sama tetapi tersesat sehingga ke Butterworth.

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, lelaki itu yang dipercayai nyanyuk cuba berpatah balik ke arah Perai di Kilometer 7.5.

“Lelaki itu dikesan memandu kereta jenis Toyota Altis secara melawan arus di LLB sebelum tersekat di lorong Smart Tag Plaza Tol Perai.

“Dia kemudiannya ditahan sebelum dipukul oleh sekumpulan lelaki bermotosikal di plaza tol itu,” katanya kepada pemberita, di sini malam ini.

Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan lelaki itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan.

Video insiden itu menjadi tular di laman sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons