April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Maka hari ini, bermula la siri pertama wayang drama Banglo Mewah Terlajak Murah yang dimiliki oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAPigs tu.

Lim dan ahli perniagaan Phang Li Koon menghadapi pertuduhan berhubung pembelian banglo oleh ketua menteri itu yang dikatakan di bawah harga pasaran dan penukaran status sebidang tanah daripada pertanian kepada perumahan.

Perbicaraan dijangka mengambil masa 23 hari sehingga akhir Mei. Manakala pihak pendakwaan dijangka akan memanggil seramai 40 saksi semasa perbicaraan dijalankan kelak.

Terdahulu dilaporkan Lim, yang merupakan anggota Parlimen Bagan dan ADUN Ayer Putih, tidak menolak kemungkinan perbicaraan itu akan memberi kesan terhadap keputusannya bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Lim, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam, iaitu ketua menteri Pulau Pinang, untuk mendapatkan keuntungan bagi diri dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan permohonan penukaran status tanah pertanian kepada kawasan perumahan awam di daerah barat daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Aras 28, Bangunan Komtar di George Town pada 18 Julai 2014.




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons