April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


THE MALAYSIAN INSIGHT

Bagaimana jika kerajaan buat berita palsu, soal Rais Yatim
Rais Yatim mempersoalkan tindakan yang sepatutnya
diambil sekiranya kerajaan yang menyebarkan berita palsu menjelang
pembentangan Rang Undang-Undang Anti Berita Tidak Benar di Dewan Rakyat
minggu ini. – Gambar fail The Malaysian Insight,
 
 

MENJELANG pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Berita Tidak
Benar di Dewan Rakyat minggu ini, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Rais
Yatim mempersoalkan bagaimana sekiranya pihak pemerintah yang membuat
berita palsu.

Penasihat bertaraf menteri itu membincangkan tajuk RUU yang paling
sesuai dibentangkan Barisan Nasional (BN) minggu ini melalui laman
sosial medianya.

“Cuba anda pilih yang mana tajuk paling sesuai sempena BN membentangkan RUU berita palsu:
1. Rang Undang Undang Berita Palsu
2. Rang Undang Undang Anti Berita Palsu
3. Rang Undang Undang Pencegahan Berita Palsu. Saya pilih no.3

“Pendapat anda? Kalau kerajaan buat berita palsu macm mana?,” soal Rais di akaun Twitter @DrRaisYatim lewat malam tadi.

Minggu lepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said
berkata kerajaan akan membentangkan RUU itu minggu ini selepas Kabinet
meluluskannya.

Azalina berkata bacaan kali pertama RUU itu akan dilakukan di Dewan Rakyat pada minggu ini.
Pemimpin pembangkang berpandangan, RUU ini bertujuan untuk
melenyapkan kritikan terhadap kerajaan seperti skandal 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).

Mereka berkata, sekiranya benar berita berkenaan 1MDB yang disiarkan media antarabangsa itu palsu, Putrajaya seharusnya menyaman mereka.

Minggu lalu Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Johari Jailani yang
berkata semua maklumat mengenai 1MDB yang tidak ada dalam laporan
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) adalah berita palsu.

Katanya, kes ini sudah disiasat pihak berkuasa seperti Polis Diraja
Malaysia (PDRM), dan Jabatan Peguam Negara serta dibentangkan kepada PAC
yang diwakili ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

“Cadangan PAC diterima penuh dan dilaksanakan kerajaan sepenuhnya.

“Proses rasionalisasi juga dilakukan dengan baik, sehubungan itu
pihak kerajaan berpandangan selain dari maklumat yang disahkan pihak
yang berkuasa yang disebutkan tadi, apa-apa maklumat yang selain darinya
akan diiktiraf sebagai maklumat palsu,” kata ahli Parlimen Hulu
Terengganu itu di Dewan Rakyat minggu lalu.

Dalam tweetnya hari ini, Rais berkata semua rakyat Malaysia perlu meneliti RUU itu.

“Semua warga harus meneliti Rang Undang2 Anti Berita Tak Benar yg
kini dibentang di Dewan Rakyat. Implikasinya amat luas termasuk terhadap
kerajaan, badan, NGO dan individu. Kerja tambahan kpd PDRM dan
pendakwaan.

“Tumpu kepada pemahaman dan takrif ‘berita tidak benar’ – apa dia?” kata Rais.

RUU itu juga mentakrifkan “berita palsu” sebagai “apa-apa berita,
maklumat, data dan laporan, yang sebahagiannya atau keseluruhannya
adalah palsu, sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio
atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau
idea”.





Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons