April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 27 Mac – Apabila pemimpin negara berkongsi mengenai amalan kesihatannya menggantikan nasi dengan quinoa, calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus melompat.

Sedangkan tindakan Dr. Mahathir seperti ‘menepuk air di dulang, terpecik muka sendiri’, apabila semakin banyak pendedahan gaya hidup beliau dan keluarganya yang jauh luar biasa mewahnya.

Sebelum ini salah seorang cucu Dr. Mahathir menjadi perhatian ramai kerana memiliki bot mewah dan percutian di luar negara dan terbaharu gambar ahli keluarga Datuk Seri Mukhriz memelihara kucing jenis savannah pula tular.

Kucing baka eksotik itu yang turut menjadi peliharaan seorang hartawan kosmetik terkenal dilaporkan mampu mencecah harga sehingga RM50,000 atau lebih, bergantung kepada baka, usia dan faktor lain.

Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin berkata, sekiranya baka kucing antara termahal di dunia itu dimiliki Perdana Menteri, sudah tentu kepemimpinan Pakatan Harapan akan membuat sidang akhbar khas menuduh ia dibeli menggunakan wang rakyat.

“Ironinya, mereka tidak tahu malu kerana sanggup merayu kepada rakyat meminta derma untuk parti mereka bertanding dalam pilihan raya nanti.

“Sudah tentu mereka sanggup melakukan demikian kerana penyokong dan pengikut Pakatan terlalu taksub dengan Dr. Mahathir sehingga buta untuk melihat penipuan anak-beranak ini,” katanya.

Baru-baru ini tular di media sosial video Mukhriz membelai kucing yang diberi nama Purrseus yang turut memiliki akaun Instagram, @purrseusthesavannah. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons