April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Sejak semalam, industri perkhidmatan pengangkutan awam ‘e-hailing’ dikejutkan apabila berita perkhidmatan UBER akan bergabung operasi dengan perkhidmatan GRAB untuk memberikan alaf baru perkhidmatan pengangkutan di Malaysia dan merentasi Asia Tenggara.

Apakah kesan gabungan ini ke atas penumpang? UBER akan memindahkan perkhidmatan mereka ke platform GRAB pada satu tarikh. Oleh itu semua penempahan selepas tarikh ini hendaklah dibuat menerusi aplikasi GRAB. Walau bagaimanapun, pelanggan masih boleh menggunakan aplikasi UBER di lebih daripada 80 negara di seluruh dunia.

Pengambilalihan UBER oleh GRAB memperlihatkan tidak ada satu perkhidmatan pengangkutan awam yang akan kekal selama-lamanya, walaupun perkhidmatan UBER mendapat tempat di hati pelanggan di Malaysia dan memberikan perkhidmatan yang baik dan memuaskan. 

Kejadian pengambil alihan ini seharunya membuka mata industri teksi di Malaysia terutama bagi persatuan-persatuan teksi agar tidak terlalu angkuh dengan andaian Kerajaan akan melindungi mereka buat selama-lamanya. Seharusnya perkhidmatan industri teksi ditambah baik oleh pemandu-pemandu kesan daripada kejadian yang berlaku ini.

Adalah diharapkan dengan pemberian lesen teksi individu serta geran bantuan pembelian kenderaan baru bagi kumpulan ketiga seramai 300 lagi pemandu teksi akan menutup tanggapan negatif pemandu teksi terhadap Kerajaan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta mengembalikan kepercayaan pengguna terhadap mutu perkhidmatan teksi di negara ini.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons